Pelawak terkenal antarabangsa kelahiran Malaysia, Nigel Ng atau lebih popular dengan nama pentasnya Uncle Roger akhirnya menamatkan zaman bujang apabila selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Sabrina Ahmed pada 19 Julai lalu.

Pasangan itu memilih Portugal sebagai lokasi meraikan cinta mereka dengan sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung meriah selama tiga hari, penuh dengan gabungan elemen budaya Islam, Cina dan India yang dekat dengan asal-usul masing-masing.

Majlis bersejarah tersebut turut mendapat perhatian antarabangsa apabila diliputi majalah fesyen terkemuka, Vogue, yang menampilkan foto eksklusif hasil sentuhan jurugambar perkahwinan terkenal, Nirav Patel.

‘Uncle Roger’ Pilih Sabrina Ahmed Sebagai Isteri, Majlis Berlangsung Meriah Di Portugal
Sumber foto: IG Nigel Ng

Menariknya, sambutan perkahwinan itu bukan sahaja meraikan ikatan cinta, tetapi turut menggambarkan keindahan kepelbagaian budaya dan mencerminkan latar belakang mereka berdua.

Ads

Dari upacara tradisional tea ceremony masyarakat Cina, majlis sangeet yang berakar umbi dalam tradisi India-Bengali, hinggalah majlis persandingan ala Barat, setiap detik memperlihatkan keharmonian warisan yang dibawa pasangan tersebut.

Acara pra-perkahwinan turut diserikan dengan aktiviti karaoke, majlis bujang dan malam sangeet yang penuh warna-warni. Nigel mengakui makanan Asia tetap menjadi keutamaan di majlisnya kerana baginya, makanan adalah lambang cinta dan cara terbaik untuk menghargai orang tersayang.

Ads
‘Uncle Roger’ Pilih Sabrina Ahmed Sebagai Isteri, Majlis Berlangsung Meriah Di Portugal
Sumber foto: IG Nigel Ng

Kisah cinta mereka juga cukup unik. Sabrina yang juga seorang peguam pada awalnya hanya mengenali Uncle Roger sebagai ‘lelaki yang suka bergurau tentang nasi’ setelah menonton persembahan komedinya di Miami.

Ads

Namun takdir menemukan semula apabila mereka bertemu di sebuah aplikasi temu janji. Nigel kemudiannya mengakui sudah jatuh cinta sejak Mac 2023 dan yakin Sabrina adalah wanita yang ingin dikongsikan seluruh kehidupannya.

Sekadar info, selain bergelar seorang pelawak, Nigel Ng juga merupakan seorang usahawan dan memiliki rangkaian restoran di Malaysia yang menampilkan hidangan berasaskan Nasi Goreng yang diberi nama FUIYOH! It’s Uncle Roger.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads