Umur Bukan Ukuran Matang, Atikah Suhaime Cari Lelaki Buncit!

Share

Berkongsi rakaman sewaktu menjadi tetamu jemputan di sebuah stesen radio tempatan, pelakon Atikah Suhaime ada mendedahkan ciri-ciri lelaki idaman, selain berkongsi hal kerjaya.

Jelasnya pelakon Volkswagen Kuning ini, dia impikan lelaki yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan terbuka soal umur.

Saya mahukan lelaki yang kukuh. Saya tidak kisah berapa umur dia kerana umur tidak menunjukkan kematangan seseorang.

“Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang berumur 60 tahun namun berperangai kebudak-budakan.

“Lelaki itu mestilah lucu dan mempunyai perut yang buncit,” seloroh Atikah sambil ketawa.

Nampaknya pelakon dari Singapura ini telah membuka ruang ramai lelaki untuk mencuba nasib. Semoga berjaya.

Foto : Instagram Atikah Suhaime

IKLAN