Pelakon Sharnaaz Ahmad enggan mengulas dakwaan yang mengatakan hubungannya bersama rakan artis, Amelia Christie yang sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta kini sedang bermasalah.
Khabar angin tersebut mula diperkatakan selepas Sharnaaz dan Amelia dikatakan sudah berhenti mengukuti akaun media sosial masing-masing.
Menurut Sharnaaz, hubungannya dengan Amelia masih baik, namun enggan berkongsi kisah peribadi.
“Iya ke? Saya pun tak perasan tentang itu (unfollow). Saya tak mahu komen apa-apa.
“Fokus saya sekarang ini adalah untuk diri sendiri dan anak saya. Saya dengan Amelia tiada masalah dan kami masih berbaik. Dia pun masih rapat dengan Jebat.
“Sebab itu saya tak mahu bercerita sangat tentang hubungan cinta sebab risau ada apa-apa berlaku di tengah jalan dan enggan serabut begini,” katanya kepada MH.
Sharnaaz berkata sedemikian ketika ditemui di pengenalan duta bagi jenama Baju Melayu, Elrah yang berlangsung di ibu kota pada Isnin.
Ads
Tegas Sharnaaz, dia juga tidak pernah mengiyakan atau menafikan mengenai hubungannya dengan Amelia sebelum ini.
“Bagi saya, Amelia perempuan yang baik.
“Mengenai hubungan pula, saya tak pernah mengiyakan sejak awal. Jadi, tidak bolehlah nak kata sudah putus. Pening juga,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia kini agak kurang selesa untuk berkongsi kisah cinta kepada umum.
Ads
“Umur saya sudah nak masuk 40 tahun. Jadi, bila nak bercerita tentang cinta, rasa janggal pula. Saya sedar kisah kami viral ketika bercuti di Jepun.
“Saya tiada niat nak berlagak, kami hanya berseronok. Saya tak boleh nak cakap apa kepada orang yang doakan kami. Mereka doakan perkara baik.
“Saya hanya aminkan sahaja walau apa keadaan sekalipun,” katanya.
Sementara itu, bintang filem Polis Evo 3 tidak menolak sekiranya dipertemukan dengan mana-mana wanita dan kembali mendirikan rumah tangga.
“Biarlah dulu (jodoh). Sebelum ini saya sudah berkahwin sekali dan ada ke jodoh kedua selepas ini?
Ads
“Kalau ada rezeki saya terima, jika tiada pun, okey sahaja. Saya pun sudah ada anak dan fokus sekarang hanya mencari duit serta buat keluarga.
“Ditambah pula, Jebat pun akan mulakan sesi persekolahan,” ujarnya.
Terdahulu, Sharnaaz dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Amelia selepas dilihat kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan.
Spekulasi tersebut semakin kuat apabila Sharnaaz bercuti ke Jepun bersama Amelia, Jebat dan bekas isterinya, Noor Nabila pada tahun lalu.
Selain bercuti, Amelia juga dilihat beberapa kali berkunjung ke rumah Nabila sebelum ini sekaligus menguatkan lagi gosip cinta antara mereka.
Sebelum ini, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, pelakon Atiq Azman dilihat kerap kali lantang bersuara untuk membidas komen-komen netizen terhadap dirinya di media sosial.
Bercakap mengenai hal tersebut, Atiq atau nama sebenarnya Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah memaklumkan dia terpaksa mempertahankan diri demi menjaga maruah bila ada pihak yang melemparkan fitnah.
“Saya akan lantang bersuara bila ada yang mengaitkan saya menjalinkan hubungan sejenis. Ada yang kata, lebih baik diam daripada bersuara. Tapi takkan saya nak diam sahaja bila orang asyik fitnah saya?
“Saya ada maruah dan hak untuk mempertahankan diri. Apa hak anda nak menilai saya? Anda hakim ke?
“Anda boleh lihat sendiri di media sosial. Ada beberapa gambar saya bersama teman wanita. Bila bergambar dengan lelaki, itu kawan-kawan saya.
“Yang kenal saya, dia tahu saya macam mana,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Nur itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Anugerah AINAA Super Seven Awards yang berlangsung baru-baru ini.
Pada masa sama, Atiq turut menafikan dirinya tidak boleh menerima teguran sebaliknya gunalah cara yang lebih berhemah.
“Terima kasih kepada mereka yang menegur mengenai posting saya yang mendedahkan aurat atau tidak menjaga batas. Saya terima teguran anda dan mengakui silap saya.
“Yang menjadi masalah, bila ada yang menegur dengan cara yang salah. Saya juga sedang berusaha untuk berubah.
“Walau sebesar manapun khilaf seseorang itu, kita tak tahu bagaimana pengakhiran mereka. Titipkan doa dan tegurlah secara baik,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia akui dirinya kerap menjadi sasaran netizen disebabkan latar belakangnya daripada sekolah agama.
“Saya akui silap saya. Memang saya ada asas agama tapi sata tidak gunakan dengan cara yang baik.
“Tak kisah seseorang itu daripada sekolah tahfiz atau Universiti Al-Azhar sekali pun, kalau mereka berubah ke arah yang tidak baik, itu adalah kesilapan individu.
“Jangan pula kita pukul rata dan mengatakan semua pelajar yang belajar di sekolah agama itu mempunyai perangai yang buruk.
“Jangan pula kita salahkan institusi pembelajaran mereka,” katanya lagi.
Ditanya mengenai respon keluarga apabila dia kerap dihimpit kontroversi, ini respon Atiq;
“Keluarga juga kerap memberikan teguran. Saya berterima kasih dengan mereka. Saya gunakan teguran tersebut untuk berubah menjadi lebih baik pada masa akan datang,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sekitar tahun 2021, Media Hiburan ada melaporkan kes penipuan tanah milik arwah ibu Nirina Zubir oleh pembantu rumah orang tua mereka yang sudah dianggap seperti keluarga.
Kini, perjuangan yang memakan tahun dan kos itu akhirnya berbaloi apabila dia berjaya mendapat kembali empat geran tanah milik arwah ibunya setelah jatuh kepada sindiket penipuan tanah
Berkongsi kepada pihak media, dia merasa senang kerana perjuangannya selama ini tidak sia-sia. Namun begitu proses yang dilalui bukanlah mudah sehingga memberi kesan kepada kehidupannya.
“Kalau ditanya bagaimana perasaan saya, rasanya bercampur aduk. Seharusnya saya gembira tapi pada satu sisi lain saya berasa wow kerana bukti konkrit berada di tangan.
“Proses yang dilalui sangat menyesakkan kerana sepanjang itu kami bertubi-tubi berhadapan dengan masalah yang mengejutkan,” kongsinya.
Kejadian penyelewengan tanah milik ibu Nirina secara haram oleh pembantu rumah orang tuanya diketahui setelah ibunya meninggal pada 2019, menyedihkan lagi bapanya pula meninggal dunia setahun kemudian.
Biarpun sudah mendapat empat geran tanah, masih ada empat lagi yang belum diperolehi. Namun begitu, kongsi Nirina, empat lagi geran tanah itu akan diperoleh dalam masa sebulan.
Imbas kembali, Nirina bersama abang dan adiknya melaporkan kepada polis tentang pembantu rumah orang tua mereka yang memalsukan dokumen untuk mendapatkan wang.
Selain itu pembantu rumah tersebut turut memanipulasi wang sewa rumah yang diusahakan oleh orang tua Nirina.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Amira Othman, salah seorang dari bekas bintang realiti Akademi Fantasi yang kini namanya semakin menyinar. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Jaga-Jaga’ dan Mimpi Indah tampak cantik dan bebas jerawat, rahsianya amal makan oren dan minum 8 gelas air kosong sehari.
Pelakon utama I Love U Abang Bomba ini dilihat mempunyai kulit yang cantik tanpa ada sebarang masalah. Wanita cantik berasal dari Johor ini tidak lokek berkongsi rahsianya menjaga kecantikan wajah dan kekal menawan.
Kulit muka saya jenis yang sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, saya mengambil langkah untuk tidak mengenakan sebarang solekan yang sembarangan. Saya hanya menggunakan label solekan Clinique atau produk berasaskan mineral atas saranan doktor.
Saya hanya mengamalkan pengambilan buah-buahan. Tambahan lagi, buah oren kaya dengan vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Selain itu, saya cuba menghabiskan lapan gelas air kosong sehari.
Memandangkan kulit saya sangat sensitif, saya cuma dibenarkan memakai Cetaphil sebagai pencuci dan penyegar manakala krim pelembap yang berasaskan mineral.
Buat masa ini, saya mengamalkan Blackmores untuk penjagaan kulit dan menambah tenaga agar cergas sentiasa.
Waktu senggang saya memang jarang bersolek, dan hanya bersolek pada waktu kerja sahaja. Jika keluar bersama teman-teman, selalunya saya hanya akan mengenakan pensel kening disebabkan memiliki kening yang tebal dan harus disikat dengan teliti.
Lazimnya, saya akan mengunjungi pusat perawatan kecantikan untuk urutan badan atau kepala saja. Memandangkan saya sering diserang migrain, jadi saya mengunjungi spa setiap dua minggu sekali.
Pemerah pipi, gincu dan pensel kening.
Pada saya, cantik ini sesuatu yang subjektif. Muslimah itu cantik apabila dia sentiasa menjaga setiap gerak-gerinya. Perlu berkeyakinan, pertuturan yang matang juga bijak, juga yang sentiasa menjaga imej diri.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.