Ummi Nazeera, Suami Disamakan Dengan Sesumpah?

Siapa sangka pelakon manis Ummi Nazeera, atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainulabadin telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Mohd. Izzar, 30, pada 23 Julai yang lalu.

Majlis perkahwinan mereka telah diadakan di kediaman bapa saudara Ummi di Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi. Wanita berusia 27 tahun itu sah bergelar isteri kepada Mohd Izzar dengan sekali lafaz sahaja.

Pada majlis itu, Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan manakala mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Mata Dr Izzar sendiri langsung tidak berkelip memandang ke arah sang isteri yang kini sah menjadi miliknya. Apa tidaknya, Ummi yang tampak begitu menawan dalam persalinan rekaan Innaigroup.

IKLAN

Beberapa foto pernikahan mereka yang dimuat naik di laman Instagram Ummi mendapat perhatian daripada netizen. Kebanyakan netizen memuji kecantikan pelakon berkenaan, termasuklah pelamin seperti kayangan yang dipilih olehnya. 

Malangnya, beberapa netizen berpendapat bahawa pakaian Ummi yang sedondon dengan pelamin membuatkan wanita itu dan pasangannya tenggelam di sebalik pelamin. Malah ada juga yang menyifatkan mereka berdua seperti ‘sesumpah’ kerana dilihat seakan-akan menyamar dengan warna pelamin.

Selain itu, walaupun Ummi tampil cantik dengan dress lace moden dengan potongan ruffle rona nude tetapi dia seakan dia tidak menyerlah di atas pelamin kayangan itu. Ada juga berpendapat sepatutnya pengantin mengenakan pakaian pengantin yang kontra daripada warna pelamin barulah nampak pengantin pula yang menyerlah.

Ummi dan pasangan telah mengikat pertunangan pada 12 November setelah berkenalan selama tiga bulan sejak diperkenalkan oleh ibu Izzar sendiri pada 29 Januari tahun lalu. Ummi bakal muncul dengan filem terbarunya, Bisik Pada Langit.

IKLAN

Tahniah sekali lagi MH ucapkan kepada Ummi Nazeera dan Dr. Izzar. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Apapun Ummi kelihatan sangat cantik di hari bahagianya!

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]