Ibu kepada pengacara dan usahawan, Aida Gadis Melayu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Isnin, kira-kira jam 11.45 malam akibat kanser.
Perkara tersebut dimaklumkan Aida, 35, atau nama sebenarnya Khairul Noormaaidah Zali menerusi Instagram awal hari ini.
“Ummi… Tenanglah ummi di negeri abadi. Aida dengan penuh rase rendah diri mohon agar sahabat-sahabat dapat hadiahkan Al-Fatihah buat ummi.
“Jenazah ummi akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid At-Taqwa Selayang Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Selayang Baru pada 9 pagi Insyaallah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruang komen, para peminat dan rakan artis menitipkan ucapan serta doa semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan golongan beriman.
Beberapa hari lalu menerusi platform sama, Aida yang juga isteri kepada hos dan bekas personaliti TV, Saiful Nizam Ismail memohon kesembuhan serta kesejahteraan buat ibu tersayang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ramai Yang Belum Dapat Rasa Nikmat Tu,” – Aaron Aziz Kongsi Foto 2 Hari Sebelum Arab Saudi Batal Penerbangan Ke Tanah Suci
Pelakon Aaron Aziz meluahkan kesyukuran apabila diberi kesempatan menunaikan ibadah umrah sebelum kerajaan Arab Saudi membatalkan semua penerbangan ke Tanah Suci Mekah.
Jelasnya perkongsian ini tiada niat untuk riak namun hanya ingin menitipkan ucapan penghargaan atas segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada keluarganya selain sempena hari jadi isteri tercinta.
Ujarnya juga, wabak Covid-19 ini memberikan satu pengajaran besar buat umat manusia yang selama ini bebas melakukan dosa.
“Ya ALLAH. Gambar ini diambil 2 Hari sebelum kerajaan Saudi membatalkan semua flight ke Tanah Suci. Bukan nak kata riak tapi ingin nak luahkan syukur kpd ALLAH dapat ke Tanah Suci. Ramai yg Belum dapat rasa nikmat tu.
“Saya doakan semua dapat InnShaAllah satu Hari nanti. Jadi sempena Hari jadi Isteri saya @diyanahalik yg ke 38 saya ingin mengucap syukur ALHAMDULILLAH atas segala nikmat yg diberi ALLAH.
“Syukur dijodohkan dgn seorang Isteri yg menerima keburukkan saya, kekurangan saya. Sentiasa disisi saya waktu saya sakit. Sentiasa meningkatkan ilmu dlm agama utk mengajar anak anak tentang Sunnah dan Hadith. Sentiasa mengadap ke kiblat Kalau kami bertengkar.
“Covid ini mengajar kami satu saje, ALLAH menarik nikmat kesihatan manusia dan nikmat kebebasan. Terlalu ramai yg bebas berdosa termasuk diri saya Dan Isteri. Thank you ALLAH for giving a roof over our heads. Food on the table. Kesihatan yg Baik. Dapat lihat anak anak Dan Isteri senyum. And a loving wife who would do anything for her family n me.
“Saya doakan agar semua pasangan di luar sana bahagia dgn penuh kasih sayang. Happy Birthday Dar. You are my nikmat from ALLAH AZZA WAJALLA. I pray that ALLAH will be happy with what we are doing in this life . Ameen Ya Rabbal’alamin. #Abgsayang #Abgsayangwifelagisayang #Abgdoakansemuasihat,” kongsinya di laman Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on
Terbaru, Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi memaklumkan bahawa tidak akan ada sebarang solat terawih yang akan dilakukan di semua masjidnya pada bulan Ramadan bagi tahun ini.
Sebaliknya, rakyat disarankan untuk menunaikan solat terawih di rumah masing-masing.
Foto : Instagram Aaron Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dunia Baru Ini, Saya Singgah Kejap Je,” – KJ Beri Bayangan Bakal Kembali Ke Dunia Politik?
Pemenang Anugerah Penyampai Radio Popular, Khairy Jamaluddin bakal memanfaatkan segala pengalamannya di konti radio jika diberikan peluang untuk kembali ke kancah politik satu hari nanti.
Menurut Khairy atau lebih mesra disapa KJ, setiap momennya bersama stesen radio Hot FM akan menjadi antara kenangan manis di dalam hidupnya.
“Terlalu banyak momen indah saya di dunia radio ini. Seperti ramai yang kata, saya sudah ‘rosak’. Namun, pengalaman ini akan menjadi kenangan indah bagi saya.
“Kalau saya kembali ke dunia lama saya satu hari nanti, ini pengalaman sangat berharga. Malah, saya mungkin boleh menjadi insan yang lebih baik dari segi pemahaman orang ramai,” katanya kepada MH.
Bekas Ahli Parlimen, Rembau itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Bintang Popular ke-36 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, malam tadi.
Sementara itu, KJ turut memberikan bayangan bahawa dia bakal kembali ke ‘habitat’ asalnya iaitu bergelar ahli politik namun masanya masih belum diketahui.
“Dunia baharu ini, saya hanya akan singgah sekejap sahaja. Mungkin bila tiba waktu yang sesuai, saya akan kembali ke alam semulajadi saya.
“Bilakah waktunya? Saya tak tahu lagi. Ketika ini, saya sangat gembira dengan keadaan di sini,” ujarnya.
Ditanya sama ada ucapannya saat menerima anugerah mempunyai maksud tersirat, KJ mendedahkan ia hanyalah peringatan buat semua pihak.
“Saya hanya ingin sampaikan mesej kepada orang ramai. Kita kena percaya dengan perancangan Allah.
“Seperti kisah saya, pintu rezeki telah ditutup serta dikeluarkan daripada ‘kumpulan’ dan dunia asal saya. Namun, saya tidak menyalahkan sesiapa.
“Kenyataan itu tidak ditujukan kepada sesiapa. Seperti saya katakan tadi, kita buat yang terbaik dan biar Allah buat yang selebihnya.
“Alhamdulillah Dia telah buka pintu rezeki baharu buat saya. Saya tidak rasa kekok walaupun ada pihak yang mengejek. Saya bersyukur dapat peluang baharu ini,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, KJ turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua warga kerja Hot FM dan TV3 yang banyak memberikannya tunjuk ajar untuk bergelar penyampai radio.
“Cabaran bergelar penyampai radio ini adalah untuk belajar perkara yang saya tidak tahu. Ia seperti hari pertama di sekolah. Saya tidak tahu apa-apa.
“Cara pembawakan dan penyampaian dalam dunia lama saya sangat berbeza. Saya terpaksa belajar dengan cepat.
“Sebab itu saya dedikasikan kemenangan ini kepada rakan-rakan saya di konti. Mereka guru saya. Kemenangan ini disebabkan guru yang baik,” akhirinya.
Terdahlu, kemenangan KJ itu sekali gus mengetepikan cabaran daripada empat penyampai radio lain iaitu Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo, dan DJ Sonic.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bawa Watak Kampung, Rambut Nak Cantik Terletak,” – Terlalu Risau Soal Wajah Depan Lensa, Ini Nasihat Hafreez Adam
Pelakon, Hafreez Adam menasihatkan para pelakon baru untuk tidak terlalu mementingkan keadaan wajah ketika berlakon sehingga membuatkan watak mereka kelihatan tidak logik.
Menurut Hafreez, sesetengah pelakon sentiasa mahu kelihatan cantik dan tampan walaupun tuntutan watak memerlukan mereka kelihatan berbeza.
“Saya hanya bercakap secara general. Ini perkara yang pernah saya lihat sendiri di depan mata.
“Bila seseorang pelakon itu diberikan watak sebagai orang kampung, mereka tetap mahu kelihatan cantik atau tampan di hadapan kamera.
“Rambut pula nak cantik dan terletak. Tak sesuai la begitu. Kalau pengarah sudah tetapkan imej kita, ikut sahaja. Karakter ketika berlakon dan kehidupan sebenar tak sama,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, peminat akan lebih teruja apabila mereka dapat melihat sisi lain pelakon kesayangan mereka.
“Kalau anda risau orang nampak anda tak cantik atau tak handsome, tak mengapa. Dalam kehidupan sebenar, anda dah memang elok. Di Instagram pun orang tahu anda ada rupa.
“Kalau saya sebagai penonton, bila tengok seseorang pelakon itu cantik atau tampan di media sosial tapi bila berlakon nampak imej yang lain, saya akan kagum.
“Sesetengah pelakon sekarang sangat menitikberatkan soal penampilan ketika didalam sesebuah naskah,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon filem Jemputan Ke Neraka ini turut mengingatkan para pendatang baharu untuk sentiasa menjaga disiplin untuk membina reputasi yang baik.
“Kalau pergi shooting, tunjukkanlah disiplin dan dedikasi anda. Bila kita jaga dua perkara ini, penerbit atau pengarah akan suka panggil kita lagi.
“Mungkin nama kita belum dikenali peminat atau rumah produksi lain tapi kalau pengarah suka dengan sikap kita, dia akan beri kita lebih banyak peluang.
“Itulah cara untuk nak menembusi dunia industri ini. Bila rezeki kita dah sampai untuk mendapatkan naskah dan team produksi yang bagus, insyaAllah drama kita akan meletop.
“Saya sudah merasainya bila drama saya yang berjudul Bila Hati Berbicara sukses. Kejayaan itu telah membuka banyak peluang lain buat saya, ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Hafreez turut berharap agar para pelakon baharu untuk tidak mengubah sikap walaupun setelah mengecap populariti.
“Pada saya, nak kekal lama, kita kena jaga disiplin. Jangan rasa bila kita sudah popular atau berjaya, kita boleh abaikan disiplin terutama sekali soal masa.
“Kita jadi rasa tak bersalah sebab rasa diri kita bagus. Orang akan suka bekerja dengan kita bila kita hormat masa dan menyenangkan orang lain.
“Janganlah meminta perkara yang pelik-pelik. Satu perkara lagi, jadilah baik dengan semua orang,” akhirinya.
Terdahulu Hafreez kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharunya yang berjudul Jemputan Ke Neraka.
Filem turut menampilkan barisan pelakon seperti Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hariz Hamdan dan Amy Nurtinie.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI