Penyanyi, Aufahanie memohon agar orang ramai tidak berkongsi gambar atau video mayat abangnya, Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemui di Sungai Klang di Klang, semalam.
Menurut Aufahanie atau lebih mesra disapa Aufa, jika ada mana-mana pihak yang melihat gambar tersebut, tidak perlulah memanjangkannya di seluruh platform media sosial.
“Perkara ini saya nampak daripada kenalan sendiri juga. Malah, ada juga netizen yang kongsi foto tanpa ditapis. Saya dapat info gambar yang tidak ditapis itu ada dalam satu kumpulan chat di Telegram.
“Apa yang ada dalam group chat itu, biarlah setakat di situ sahaja. Kalau nak tengok sangat, tengok sahaja di group chat itu. Sebolehnya tak perlukan dikongsikan di media sosial untuk tatapan umum,” katanya kepada MH.
Aufahanie berkata sedemikian ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Shah Alam pada Khamis.
Pada masa sama, Aufa turut berharap agar semua pihak dapat menghormati perasaan pihak keluarga terutamanya ibunya sendiri.
“Apa perasaan kalian kalau ahli keluarga anda ditemui dalam keadaan tak bermaya dan terkujur. Lalu, semua orang tengok.
“Umi saya sudah hilang seluruh daya dan kami adik beradik perlu kuat untuk dia walaupun kami tidaklah kuat.
“Sesedih-sedih adik beradik, sedih lagi umi yang mengandung dan melahirkan dia. Umi kalau ternampak video atau gambar, apa jadi pada Umi saya. Saya minta tolong, jaga sensitiviti dan jangan sebar gambar arwah,” ujarnya lagi.
Bercerita lanjut mengenai arwah abangnya, Aufa memaklumkan abangnya itu seorang yang sangat mengutamakan keluarga dan tidak mementingkan diri sendiri.
“Dalam tujuh beradik, dialah yang paling baik, rajin dan kuat semangat. Dia sentiasa meletakkan dirinya di belakang untuk mengutamakan keluarga.
“Dia akan fikir ibu bapa, adik beradik dan barulah diri dia sendiri. Dia tak pernah fikir diri sendiri. Saya sangat rapat dengan dia dan saya tahu betapa baiknya dia.
“Terima kasih untuk semua pihak yang mendoakan yang baik-baik dan sayang dekat abang walaupun tidak pernah berjumpa atau kenal. Terima kasih juga kepada pihak media yang uar-uarkan,” akhirinya.
Terdahulu media melaporkan mangsa dilaporkan hilang 7.45 petang kelmarin.
Penyanyi berusia 23 tahun itu dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam.
Bagaimanapun dompet dan telefon bimbit Nidza Afham itu ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.
Nidza Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tersentuh hati saat melihat sosok tubuh yang serba kekurangan ini mendalami ilmu Islam.
Lalu Yatt Hamzah menerusi Instagram berkongsi rakaman pemuda kelainan upaya cuba menghafaz Al-Quran.
Walaupun sukar berkata-kata serta tidak dapat mengawal gerakan tubuh dengan baik, individu yang dikenali sebagai Fitra tetap semangat menjadi huffaz dengan harapan dapat mendoakan ibunya ke syurga.
“Dia mungkin cacat anggota tp hati dan jiwanya sedikit pun tidak cacat. Dia menghafaz Quran walaupun dg banyak sekali kekurangannya.
“Sedangkan kita yg sempurna belum tentu ada hati dan jiwa yg CINTAKAN AL QURAN sptnya. Siapa yg lebih cacat? Dia atau kita? Allahuakbar.
“ASTAGHFIRULLAHALADZIM. Berikanlah kekuatan agar kami mampu ISTIQOMAH mencintai KALAM2 MU.. Aameen.”
Nyata kondisi tubuh yang tidak sempurna tidak pernah menghalang seseorang mengejar ilmu.
Malah, ia membuatkan kita lebih semangat dan membuka mata insan lain.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu kepada pelakon sensasi Aliff Aziz, Hafiza Basharahil tampil berkongsi pandangan peribadinya di Instagram Stories.
Tulis Hafiza, air mata dan lakonan hebat boleh menutupi mata manusia.
“Air mata dan lakonan yang hebat boleh menutupi mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenar.
“Tetapi yakinlah kita pasti akan takut pada bayangan kita sendiri wallahualam,” tulisnya berserta tanda pagar #PandanganIkhlas.
Bagaimanapun, difahamka Hafiza tidak menujukan kemaskini berkenaan kepada mana-mana individu.
Untuk rekod, nama Aliff kembali menjadi sebutan netizen sejak 9 Mac lalu apabila dia ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat bersama pelakon Ruhainies.
Susulan kontroversi itu, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah pula memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu kepada penyampai radio DJ Lin, iaitu Hajah Puteh Jantan, 80, meninggal dunia kira-kira jam 4.50 pagi Jumaat.
Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediaman keluarga di Larkin Jaya, Johor Bahru dan jenazah akan dikebumikan sebelum Solat Jumaat.
Berita mendukacitakan itu dimaklumkan DJ Lin menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.
“Salam Jumaat semua, dengan lafaz Bismillah, #djlin ingin memaklumkan bahawa Ibunda Lin yang tercinta, Puan Hajah Puteh Binti Jantan baru sahaja meninggal dunia jam 4.50 pagi ni (Jumaat, 24 Jun 2022) di rumah kami di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor.
“Jenazah akan dikebumikan sebelum waktu Solat Jumaat,” tulisnya.
Di dalam perkongsian sama, DJ Lin turut memohon ramai agar mendoakan kesejahteraan buat ibu tersayang yang telah pergi mengadap Illahi.
“Mohon semua sedekahkan Alfatihah ya buat Allahyarhamah, moga rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan di kalangan orang beriman, Ameen Ya Rabbal Alamin.
“Mak… Terima kasih di atas segala kasih sayang, pengorbanan serta jasa yang Mak taburkan buat orang dan semua anak anak Mak.
“Berehatlah Mak…puas Mak menanggung kesakitan. Kami semua dah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit Mak namun Allah lebih menyayagimu Mak.
“Mak akan sentiasa ada di hati kami dan kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan ya Mak. Al-Fatihah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan makluman tersebut, para peminat dan rakan selebriti turut menitipkan ucapan dan sedekahkan Al-Fatihah atas pemergian Allahyarhamah.
Terdahulu, DJ Lin menerusi media sosial berkongsi keadaan arwah ibunya yang sebelum ini mengalami penyakit buah pinggang.
Allahyarhamah Puteh meninggalkan sembilan anak dan lebih 40 cucu serta cicit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI