Ulat Tiket Ambil Kesempatan, Harga Cekik Darah

Seperti yang kita tahu, sejak awal pagi lagi rata-rata rakyat Malaysia sudah mula membanjiri Stadium Shah Alam demi untuk mendapatkan tiket final bola sepak yang akan berlangsung esok.

Menyedari jualan tiket ini seperti ‘goreng pisang panas ’ setiap individu yang hadir hanya dibenarkan membeli lima keping tiket sahaja. Tetapi itu langsung tidak mematahkan semangat mereka untuk terus beratur dan membeli.

Walaupun ada yang terpaksa bermalam di stadium atau bertolak awal pagi demi merebut peluang keemasan itu, namun tidak semua yang bernasib baik.

Apa yang lebih mengecewakan, ada juga ‘ula tiket’ yang mengambil peluang dan kesempatan mencekik darah dengan menjual tiket dengan harga yang cukup tinggi pada individu yang benar-benar terdesak untuk mendapatkannya.

MH Online difahamkan di kaunter tiket hanya dijual RM21.20 tetapi jika melalui ulat tiket rata-rata menjual sekurang-kurangnya RM50 ke atas.

IKLAN

Bukan sahaja di sosial media, malah mereka turut menjual tiket tersebut di website Mudah.my dan aplikasi Carousell hingga menyebabkan sesetengah pihak tidak berpuas hati.

Dalam masa yang sama, ramai juga individu yang hadir tidak puas hati dan berkata jumlah 40k keping tiket yang dijual itu terlalu sedikit sehinggakan ada yang langsung tidak sempat untuk membeli. Malah merekat turut pertikaikan mengapa tiket tidak dijual secara online.

Apa pun MH Online harap sesiapa yang tidak berkesempatan untuk membeli janganlah terlalu kecewa dan hati-hati sekiranya ingin membeli tiket dari pihak ketiga.

IKLAN

Okay tak perlu cakap banyak, jom lihat gelagat-gelagat penonton yang hadir membanjiri stadium hari ini…

Suasana di Stadium Shah Alam menjelang final bola sepak Sukan SeaSuasana di Stadium Shah Alam menjelang final bola sepak Sukan Sea Malaysia bertemu Thailand esok, lapor wartawan Sukan, Afdah Mujap.

Posted by sinar.tv on Sunday, August 27, 2017

Beratur dari tengah malam beli tiketBeratur dari tengah malam beli tiket Penyokong bola sepak sanggup beratur panjang untuk membeli tiket perlawanan akhir Sukan Sea Kuala Lumpur (KL2017) antara Malaysia dan Thailand di Stadium Shah Alam. Difahamkan, orang ramai beratur seawal tengah malam tadi bagi mendapatkan tiket.

Posted by sinar.tv on Sunday, August 27, 2017

 

SUMBER GAMBAR : Internet & Malaysiakini.com