Uncategorized

Ukuran Pinggang Kim Kardashian Cuma 24 Inci?

Share

Oh wow! baru-baru ini bintang realiti televisyen, Kim Kardashian akhirnya mendedahkan ukuran pinggang dan pinggulnya kepada ramai.

Pendedahan tersebut dilakukan setelah Kim diprovok oleh adiknya, Kourtney yang secara tiba-tiba bertanyakan soalan panas tersebut kepada Kim.

“Saya tak boleh bersikap serius terutama terhadap pinggul kamu (Kim) sekarang…kerana pinggang kamu sangat kecil, kemudian pinggul kami begitu besar,” kata Kourney.

Pada MH, pertanyaan Kourtney tersebut turut mewakili sebahagian besar peminat yang sering tertanya-tanya mengenai perkara tersebut.

“Pinggang saya adalah 24 inci dan pinggul saya pula, 39 inci. Tak pernah dalam sejarah pinggang saya berukuran 24 inci,”jelas Kim.

Semua ‘drama’ tersebut terjadi di dalam video ‘Never-before-seen footage of My Book Club’, sebuah kelab yang dimulakan Kim bersama dua teman rapat iaiatu Chrissy Teigen dan Jen Atkin, tahun lalu.

Dalam pada itu, dalam salah satu episode ‘Keeping Up With The Kardashian’, Kim teruja bercerita mengenai rancangan dietnya.

“Saya akan memulakan diet yang benar-benar gila. Saya sedang melihat instagram apabila terjumpa instagram Melissa, seorang ahli bina badan yang mencapai berat 70pound (32kg) semasa kehamilannya.

“Dia memberikan saya inspirasi dan ingin sekali bertemu dengannya. Jika dia boleh melatih saya mendapat badan idaman, tentu bagus sekali!” katanya lagi.

Ermm..pada MH tubuh badan Kim memang dah cantik dah pun, kiranya untuk seseorang yang umur sepertinya, dia masih lagi menawan.

Tapi, MH perasan juga sekarang ini gaya hidup sihat memang menjadi amalan para selebriti. Oleh itu, semoga Kim dapatlah bentuk tubuh yang diidam-idamkan itu.

sumber: Enews

IKLAN