“Ujian Allah…,” – Selepas Cucu Saudara Meninggal, Rumah Fauzi Nawawi Pula Dipukul Ribut & Kereta Dihempap Pokok

Share

Pelakon, Fauzi Nawawi mendedahkan dirinya tetap reda meskipun selepas ditimpa musibah berganda pada Khamis.

Menurut Fauzi, selepas dua minggu bertarung nyawa di hospital, akhirnya cucu saudaranya, Jelita telah pun menhembuskan nafasnya yang terakhir akibat masalah jantung.

Sebelum ini, Fauzi pernah berkongsi mengenai cucu saudaranya itu ketika dia sedang menerima rawatan di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

“INNALILLAH. Semoga Jelita di tempatkan ke dalam syurga bersama hamba-hamba Allah yang dikasihi. Setelah dua minggu bertahan akibat jantung,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Fauzi menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Pada masa sama, Fauzi sekeluarga sekali lagi diuji apabila rumahnya dipukul ribut akibat hujan lebat pada Khamis sehingga menyebabkan beberapa bahagian kediamannya mengalami kerosakkan.

Tambah menyedihkan apabila salah sebuah keretanya turut dihempap pokok dalam kejadian ribut tersebut.

“Pada malam ini waktu yang sama rumah saya dilanda ribut yang kuat. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat cuma sedikit kerosakkan pada bumbung rumah dan kereta. Ujian ALLAH di malam jumaat ini,” kongsinya dalam.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Lisdawati ini juga turut menyifatkan musibah seperti ini sebagai ujian untuk menjadikan dirinya manusia yang lebih baik.

“Salam jumaat yang penuh Barakah buat semua. Maafkan saya jika selama ini ada menyakiti hati kalian secara sengaja atau tidak sedar dan saya telah maafkan sesiapa sahaja yang ada melakukan khilaf secara terang-terang atau pun tersembunyi.

“BISMILAH. Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa insyaallah,” akhirinya.

Sementara itu, Lisdawati turut berkongsi keadaan terkini rumahnya di Instagram stories.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa dukacita selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Fauzi sekeluarga.

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Fauzi itu telah pun meraih lebih 30,000 tontonan di laman Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fauzi Nawawi

IKLAN