Sekarang ini kecoh apabila pelakon Izreen Azminda telah berkahwin dengan seorang pemuzik Gegar Vaganza 2017, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali dengan nama Ude.

Perkahwinan tersebut juga telah mengundang pelbagai spekulasi dan tomohan orang ramai kerana dikatakan tidak telus apabila isteri pertama Ude, Intan Liana Azaman langsung tidak tahu tentang perkahwinan ini.

Ude Minta Peluang Laksana Tangjungjawab Sebagai Suami Buat Kedua Isterinya

IKLAN

Bagaimanapun, menerusi rancangan sensasi TV3, Melodi, Ude meminta agar orang ramai memberinya peluang untuk melaksana tanggunjawabnya sebagai seorang suami kepada kedua isterinya yang sah.

“Ada wartawan serbu isteri pertama ketika makan, saya cakap jangan beri sebarang kenyataan. Saya nak beritahu kedua-duanya isteri saya, Intan isteri pertama dan Izreen isteri kedua yang sah.”

 

 

“Sejujurnya saya tidak mahu menuduh sesiapa. Apa yang saya lihat, memang ada campur tangan dari pihak luar, terutama keluarga dan rakan-rakan.”

Dalam masa sama, Ude memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi buruk yang boleh mengganggu emosi kedua-dua isterinya.

IKLAN

Tambahnya, Intan ada menghantar mesej kepada Izreen untuk berbincang mengenai hal ini. Namun, dia tidak menyangka isteri pertamanya itu telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkahwinan mereka terlebih dahulu.

“Mulanya semua okay, tapi saya pun terkejut Intan keluarkan kenyataan tentang hal ini. Tetapi tidak mengapa perkara dah berlaku.”

 

 

“Buat masa ini belum ada perjumpaan, keadaan masih lagi tegang, akan datang saya akan uruskanlah apabila keadaan semakin tenang.”

 

 

“Saya berfikiran terbuka, apa yang mereka cakap sebenarnya semua tak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga saya. Hanya saya dan isteri-isteri saya sahaja yang tahu.” Ujar Ude

Terdahulu, Ude dan Izreen telah melangsungkan perkahwinan pada 8 Ogos yang lalu di Damansara berwalikan bapa Izreen.

IKLAN

Sumber : Melodi TV3

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI