Ucapan Tahniah Dari Amyza Aznan Kuatkan Khabar Angin Pekin-Mona Allen Nikah Senyap-Senyap. Sahih Kah?

Share

Kecoh sejak awal malam tadi apabila dikhabarkan pelakon, Pekin Ibrahim sudah pun mendirikan rumah tangga senyap-senyap dengan pelakon cantik, Mona Allen.

Malah, beberapa keping foto perkahwinan mereka juga kini sudah pun tular menerusi media sosial.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan jawapan dari si empunya badan mengenai kesahihan berita berkenaan gagal apabila panggilan dari MH buat mereka tidak berjawab.

Bagaimanapun, beberapa jam lalu, rakan pelakon Amyza Aznan ada memuat naik foto di Instagram sambil mengucapkan tahniah di atas perkahwinan dua bintang berkenaan.

“Selamat pengantin baru buat anak cik gayah have have iaitu RICE PRESIDEN @mona.allen dan suami @pekin7words. SEMOGA BAHAGIA BERKEKALAN HINGGA KE JANNAH. Amin,” tulisnya.

Lalu menerusi ruangan komen rata-rata peminat yang terkejut dengan berita berkenaan turut mengucapkan tahniah, andai apa ia sahih.

Foto: Instagram Amyza, HLive

IKLAN