Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan pertama, pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz meraikan hari bermakna itu dengan makan malam bersama.
Terlihat sederhana tetapi romantis, momen berkenaan dikongsikan Neelofa di Insta Stories, pada Ahad.
Menitipkan doa yang baik-baik, usahawan terkenal itu juga memberikan dedikasi tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram yang merakamkan detik majlis ijab kabul mereka.
“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selamanya.
“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan suamiku (ucapan selebihnya, saya bisik di telinga suami sebab dia sorang je yang boleh tahu apa saya luahkan) #gitew,” tulis Neelofa.
Meninjau ke ruangan komen di Instagram mereka, rakan-rakan selebriti dan peminat turut sama-sama dilihat tumpang gembira seterusnya meninggalkan ucapan tahniah serta doa.
Ads
Sekadar mengimbas, Neelofa dan Haris melangsungkan majlis raja sehari di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pembaca berita, Ezreena Amir Hamzah mendedahkan dirinya kini sudah bersedia untuk tampil berhijab sepenuhnya.
Menurut Ezreena, dia sebenarnya sudah lama terdetik untuk mengenakan hijab namun, antara faktor yang menyebabkan hatinya mula terbuka dan bertambah yakin untuk mengenakan hijab selepas abangnya diserang lumpuh separa badan Febuari lalu.
Katanya lagi, dia juga berharap agar perubahannya itu dapat menjadi salah satu asbab buat abangnya untuk kembali sembuh.
“Apa yang membuat saya berubah?
Kisahnya begini.
“Sebenarnya dah lama pasang niat, tapi hati tak terbuka lagi. Tudung ada lah sehelai dua, spare kalau ada assignment yang memerlukan memakai tudung. Brooch? Satu je. Itupun dah hilang.
“Awal Februari lalu, saya dikejutkan dengan berita salah seorang abang saya jatuh sakit. Sakit yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Kemudian dihantar ke hospital, dan terus dipantau sehingga lah hari ini. Hakikatnya keadaan abang tidak begitu baik.
“Setiap hari saya berdoa, sungguh-sungguh saya berdoa sehingga menangis di sujud terakhir mahukan abang dipanjangkan usia, sembuh dan kembali ke kehidupannya. I was so helpless, that no one can stay by his side, waiting for him at the hospital. Hanya doa je yg kami mampu lakukan.
“Saya tanya pada tuhan, apa yang boleh saya buat untuk bantu abang saya. Dan saya sanggup berubah jika itu boleh membantu. Tapi saya masih lagi teragak-agak untuk memakai hijab, bimbang jika saya belum bersedia,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh pembaca berita Buletin Utama itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya ini meluahkan rasa syukur selepas abangnya dikatakan telah menunjukkan tanda-tanda positif dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.
“Seminggu-dua selepas tu, walaupun abang masih belum stabil, tapi Allah swt masih memanjangkan usianya. Allah swt beri peluang untuk dia pulang bersama kami di rumah. Setidak-tidaknya boleh juga meneman dia, dan berikan sokongan emosi.
“Seminggu saya di kampung, saya terfikir. sejahil-jahil saya, Allah swt cuba juga berikan apa yang saya inginkan.
“Dan saya juga ada berdoa pada Allah swt, untuk memudahkan Zill bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yang Zill tunjukkan,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Ezreena dirinya berasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan mendukung setiap keputusannya.
Tanggal 1 Mac yang juga merupakan Hari Israk dan Mikraj telah menjadi menjadi titik tolak kepada penghijrahan Ezreena.
“Lantas nikmat Tuhan yg mana lagi saya dustakan? Dan bila terbayang muka suami, yg tak pernah memaksa saya bertudung walaupun saya tahu dia sangat-sangat mendambakan perubahan itu, menguatkan lagi hati saya.
“Alhamdulillah, hati saya terbuka pada 1 Mac, yang kebetulan juga jatuh pada Hari Israk & Mikraj.
“Satu Perjalanan yang agung buat Rasulullah SAW untuk bertemu Allah SWT, di mana solat 5 waktu kemudian disyariatkan.
“Saya masih lagi saya. Tapi saya cuba jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Terima kasih banyak pada semua yg mendoakan. Appreciate that so much,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Ezreena akan terus kekal istiqomah selepas ini.
Sekadar informasi, Ezreena telah mendirikan rumah tangga bersama suami yang juga merupakan pembaca berita, Asrul Nizam Kadir pada 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ezreena Amir Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon, Nadya Syahera, Fizul Nawi menzahirkan rasa syukur kehadrat Illahi selepas isterinya dikhabarkan telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka tepat jam 6.30 pagi di Hospital Shah Alam.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fizul menerusi hantaran terkini di laman Instagram miliknya.
Menurut Fizul, dia amat gembira kerana segala urusan isterinya sewaktu melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kilogram itu telah pun dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT dipermudahkan semuanya.
“Terima kasih atas doa dan sokongan dari keluarga, sahabat dan semua,” tulisnya di Instagram.
Bagaimanapun, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memaklum Nadya telah mengalami simptom demam manakala bayinya pula terpaksa dirawat di Unit Penjagaan Rapi Neonatal (NICU).
Lantaran itu, Fizul berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga anak dan isterinya itu akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Keadaan selepas bersalin isteri saya demam dan baby ke nicu. Doakan semoga semuanya selamat.
“Baby 38 minggu. Berat 3.3kg. Tarikh dan waktu 25/03/2022, 6.30am. Tempat di Hospital Shah Alam,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran yang sama, Fizul turut mendedahkan dia dan isteri telah pun bersepakat untuk menamakan anak mereka Barr Adam.
“Selamat datang ke dunia muhamad BARR ADAM BIN MOHAMAD HAFIZUL,” ujarnya lagi.
Menerusi perkongsian di Instagram stories pula, Nadya menyifatkan doanya untuk bersalin dengan mudah telah pun dimakbulkan Allah SWT.
“Allah maha baik. Hari-hari minta permudahkan urusan bersalin. Memang Allah bagi rezeki. Mudah bersalin kali ini,” luahnya gembira.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut memberikan kata-kata semangat buat Fizul dan seluruh ahli keluarganya.
Untuk rekod, Fizul dan Nadya telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 25 September 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu telah terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata, Aleena Rose, 4, dan Mohamad Dayyan, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nadya Syahera & Fizul Nawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed mengakui memilih untuk membuka akaun TikTok demi mencari lebih peluang dalam perniagaan.
Menurut Noor Kartini, 56, ini masa yang dirasakan paling sesuai memandangkan ramai yang mulai bercakap mengenai aplikasi sosial itu.
“Sebelum ini meski saya sudah agak lama dalam dunia perniagaan, kita tahu kalau nak berbisnes boleh lakukan di Facebook. Semua orang bercakap mengenainya. Tapi sehingga hari ini, saya masih kurang mahir ‘berFacebook’ dan tidak ambil peluang itu.
“Jadi bila dengar mengenai Tik Tok sebagai satu platform yang trending, saya fikir inilah masanya untuk cuba dan kalau boleh mahu cepat-cepat menggunakan aplikasi tersebut.
“Daripada situ kita nak tengok sejauhmana keberkesanannya. MasyaAllah tak pernah pula sangka sampai berjuta orang tonton sesebuah video yang dimuat naik.
“Belajar (TikTok) sekejap tetapi pada masa sama pembantu peribadi yang ajarkan juga. Ada akaun TikTok bukanlah untuk bersuka ria, kita manfaatkan untuk berniaga.
“Pada masa sama, saya suka untuk ambil tahu hal yang menjadi trend khasnya dalam bisnes dan kita cuma aplikasikan,” katanya.
Usahawan ini ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid, di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Ditanya sekiranya ada persepsi yang mempersoalkan mengenai individu yang sudah berusia turut aktif di TikTok, Kartini menyifatkan kecaman akan sentiasa ada.
“Hal itu tidak boleh lari dah. Kalau orang nak bercakap dan sebagainya. Yang penting niat kita,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.