Baru-baru ini merupakan ulang tahun perkahwinan ke-5 pelakon filem hangat, Tombiruo, Penunggu Rimba, Farid Kamil bersama isteri tercinta, Diana Danielle.

Farid dan Diana sememangnya menjadi ikutan ramai netizen kerana sikap penyayang dan kesetiaan antara mereka berdua. Mereka juga sudah mengharungi hidup sebagai suami isteri dengan penuh cabaran.

Ucapan Manis Diana Danielle Buat Farid Kamil

Bagi meraikan detik istimewa mereka setelah lima tahun bergelar suami isteri itu, satu ucapan manis telah dimuat naik Diana bersama gambar mereka bersama,

“5 tahun berkahwin dan 10 tahun bersama-sama dengan awak (Farid Kamil), keseronokan baru sahaja bermula. Sekarang kita berempat mengharungi kehidupan.”

 

 

“Mari katakan realiti kehidupan sekarang lebih baik daripada yang kita bayangkan ketika mula-mula bersama dahulu,XOXO.” tulisnya di Instagram.

IKLAN

Ruangan komen di Instagram Diana dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya dan suami di laman sosial yang memperlihatkan gambar dia bersama suaminya 5 tahun yang lalu, di hari pernikahan.

Menerusi gambar, Diana bersyukur dikurniakan suami seperti Farid yang telah bergelar suaminya selama 5 tahun.

Pelbagai komen dicurahkan di ruangan komen gambar tersebut. Ada netizen turut melahirkan perasaan gembira bersama Diana dan Farid, tidak kurang juga yang memuji mereka merupakan pasangan yang serasi.

IKLAN

Dalam pada itu, ada juga yang mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan dan berbahagia di dunia dan akirat.

Ucapan Manis Diana Danielle Buat Farid Kamil

IKLAN

Diana dan Farid bernikah pada 3 Oktober 2012 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad,4 dan Nur Aurora, 2.

Ucapan Manis Diana Danielle Buat Farid Kamil

Perkembangan lain, baru-baru ini juga Diana telah memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi naskhah Hanyut dalam Anugerah Skrin 2017. Tahniah buat Diana.

Ucapan Manis Diana Danielle Buat Farid Kamil

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI