Benarlah orang kata, kalau nak cari pasangan ni, carilah individu yang berlawanan sikap dengan kita.
Bukan apa, dari situ kita nampak kita akan saling melengkapi.
Contoh yang tak jauh seperti Awal Ashaari dan Scha Alyahya!
Aduh bersemut MH baca ucapan masing-masing sebagai tanda penghargaan selama ini setia berkorban mendirikan rumah tangga.
Lagipula semalam merupakan hari paling bersejarah buat mereka berdua apabila bergelar suami dan isteri!
Apa yang MH boleh katakan, Awal memang seorang yang sangat romantik dan gentleman. Bukan main lagi kata-kata Awal, sangat mendalam!
Memang kalau korang lah pasangan dia, tahap tersentuh menangis baca syahdunya kasih sayang seorang suami yang awal tunjukan.
Antaranya seperti…
“Tepat waktu ini, enam tahun yang lalu, saya telah berjanji menjaga, mencintai dan menyayangi dia, Sharifah Nor Azean dengan sepenuh jiwa raga. Hingga saat ini, perasaan dan cinta saya tetap milik dia dan sedikit pun tak pernah kurang, malahan semakin kuat setiap hari. Dia membuatkan saya mahu jadi lebih baik setiap hari, Dan dia merupakan semangat saya. Saya mungkin tak sempurna, tapi dia menyempurnakan saya” – #Schawal,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.
Tetapi apa yang MH tak tahan tu macam mana Scha luahkan isi hati buat Awal pula. Memang melucukan! Sangat berbeza dari Awal dan cukup sempoi!
Paling MH tak boleh lupa bila Scha sendiri berkata Awal satu-satunya individu yang dia akan berkongsi ayam bersama.
Walaupun tidaklah semanis kata-kata awal, tapi MH pasti sebenarnya maksud yang ingin disampaikan Scha cukup mendalam dan bermakna!
Ada-ada sahaja lah kedua pasangan ini. Kalau selama ini lelaki yang selalu bersikap begitu, tapi kali ni tak sangka Scha sendiri juga begitu.
Okay tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri ucapan masing-masing dan vote di bawah ucapan siapa lebih sweet!
Awal Asaari
Scha Alyahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI