Seperti tahun-tahun sebelumnya, majalah gaya hidup terkenal, Eh! telah menganjurkan majlis anugerah Eh! Top 20 dan tahun ini, program sama telah dilangsungkan dengan sukses.
Bertempat di di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Selasa, pelbagai anugerah telah diberikan buat pemenang dan rata-rata selebriti yang hadir juga tidak kalah gaya.
Jadi, jom lihat OOTD menarik mereka di acara berkenaan.
Bintang media sosial, Syafiqah Aina akui rindu untuk kembali bekerja selepas melahirkan cahaya mata sulung pada 24 Jun lalu.
Kongsi usahawan itu bersama sepotong video yang dimuat naik, ia merakam momen sesi penggambaran di dalam sebuah tab mandi yang dipenuhi sabun.
“Rindunya kerja & photoshoot dari pagi sampai ke tengah malam, shoot masuk hutan, tengah panas, bediri pakai heelsberjam jam.
“Masa buat modelling tu happy sangat bila clients puas hati dengan kerja kita,” tulisnya.
Malah, Aina amat menitikberatkan penjagaan masa kerana ia merupakan satu disiplin baginya.
“Masa kerja dulu, Aina memang jaga kalau tentang masa sebab Aina paling tak suka orang menunggu Aina.
“Part buat kerja, Aina akan pastikan Aina bagi 130% effort supaya kerjasemua orang jadi mudah.
“Bila dah ada business ni, disiplin & attitude tu masih lagi Aina cuba bawa. Dulu Aina memang akan jaga hati client, but now Aina always cuba untuk jaga hati customer & team AINAApula,” kongsinya lagi.
Berkongsi detik terindah bergelar ibu, pengacara Iesya Toh memuat naik foto ‘throwback’ ketika melahirkan cahaya mata sulung, Harraz Daiyan pada 19 November 2016 lalu.
Sebagai seorang ibu, pastinya Iesya mahukan yang terbaik buat anaknya dalam membentuk menjadi anak berjaya dunia dan akhirat.
“19 November 2016. Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah Allah sempurnakan hubungan kami suami isteri dgn memiliki @harraz_daiyan.
“Pemimpin Yang Amat Warak…maksud nama yg merubah penampilan mommy menjadi lebih baik.. aamiin.
“Hanya doa yg tak pernah putus buat anak soleh mommy..! Semoga menjadi anak yg beriman, yg berjaya dlm akademi, yg berjaya dlm kerjaya, yg berjaya dlm berumahtangga, yg berjaya dunia akhirat.. aamiin, sihat2 selalu! And SAYANG mommy forever ok.
“Happy birthday syg! Semoga semua suami isteri akan memiliki zuriat mereka sendiri aamiin,” tulisnya sambil disertakan kredit.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.