“U Are My Father, My Mother And…,”- Nora Danish Muat Naik Foto Throwback Ibu Ketika Muda, Lawa!

Share

Bersempena dengan ulang tahun ibu tercinta, pelakon Nora Danish telah berkongsi gambar throwback ibunya, Sally Talib saat muda remaja.

Malah, menerusi perkongsian Nora di Instagram itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menitip ucapan istimewa kepada ibunya.

“Today, 10th June is ur birthday Mama 💜 Alhamdullilah. Terima kasih Allah swt kerana jadikan Mama sebagai ibu Yg terbaik untuk atok. U are my father , my mother & my best friend !!

“U thought me so much about life, how to be strong , to be independent , to be happy 🙂 just happy & to appreciate dengan apa Yg ada Dan sentiasa bersyukur.

“U are my mentor , my idol & my everything… on ur birthday, atok doakan agar mama Di panjang kan umur , sihat selalu supaya dapat menjalani ibadah dengan sempurna , bahagia dunia akhirat, Di murah kan rezeki kami supaya dapat memberikan Apa Yg mama impikan , hajati. Atok sayang amieeeeee.

“Terima kasih diatas 37 tahun ini… I love u. @sallytalib,” kongsi Nora. 

Selain itu, Nora dilihat turut meraikan hari jadi ibunya bersama ahli keluarga lain dengan sebiji kek.

Foto/ Video : Instagram Nora Danish

IKLAN