Tya Arifin Tutup Aurat Dan Berhijab, Doa Moga Terus Istiqamah

Share

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon dan usahawan, Tya Arifin berkongsi beberapa keping foto dirinya mengenakan hijab sejak beberapa hari lalu.

Malah menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini turut menjawab persoalan netizen mengenai penampilan terbaru dan mengesahkan akan perkara itu.

“Bismillahirahmanirrahim. Doakan Tya yang masih terus belajar dan belajar untuk menjadi yang lebih baik,” kongsinya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terharu akan keputusannya tampil lebih sopan dan mendoakan yang terbaik.

Foto : Instagram Tya Arifin

IKLAN