“Tutup Je Lah…,”- Ogy Beri Pendapat Tutup Genting Highlands Fasal Jadi Lokasi Judi, Ini Respon Netizen

Share

Pelakon senior, Fauziah Datuk Ahmad Daud ada memuat naik video mengenai bencana alam yang melanda Genting Highlands baru-baru ini.

Video tersebut memaparkan keadaan banjir lumpur yang melanda sekitar pusat membeli-belah Genting Premium Outlet (GPO) kira-kira tujuh hari lalu.

“Ya Allah..Ampunkan Dosa2 Kami.

Tempat Perjudian Tu. Tutup Je lah

Takut Bila Allah Murka,” tulis Fauziah atau mesra disapa Kak Ogy.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan pendapat pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu kerana mahu ‘menutup’ tempat peranginan tersebut.

Lantas, Kak Ogy memberikan jawapan ringkas.

Pun begitu, ada juga yang bersetuju dengan pendapat Kak Ogy dan ada juga sebaliknya.

Malah, mereka telah memberikan komen yang pelbagai.

Difahamkan, limpahan air berkenaan datang dari kawasan bukit berhampiran ketika hujan lebat yang menyebabkan kawasan GPO dan Awana Skyway lumpuh hampir dua jam.

Malah, video tersebut tular di media sosial yang menarik perhatian ramai kerana ia merupakan lokasi tumpuan pada hujung minggu iaitu sekitar GPO dan Awana Skyway.

Video/Sumber : Instagram Kak Ogy/Carian Google

IKLAN