Jika kelmarin si ibu hanya mampu menyaksikan mayat anaknya berlumuran darah akibat dibunuh dengan kejam di hadapan mata, berbeza pula kisahnya semalam.
Zaini Musa, 55 yang mengidap penyakit kanser otak tahap tiga sejak dua tahun lalu hanya mampu melihat anaknya, Siti Nor Surya diusung keluar dari ruang tamu rumahnya untuk dibawa ke tanah perkuburan sekitar jam 6.30 petang.
Menurut laporan Berita Harian, sebaik sahaja diusung keluar, suaminya, Ismail Muda, 58 memberi tahu apa yang sedang berlaku sambil memalingkan wajahnya ke arah keranda yang menempatkan jenazah anaknya itu.
Zaini dilihat hanya mampu memandang tanpa memberikan sebarang reaksi.
Jenazah Siti Nur Surya telah disembahyangkan di masjid kampung sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat, Kuala Terengganu pada jam 8.15 malam.
Ismail yang sempat ditemui pemberita memberi tahu, dia berharap agar si pelaku yang menyebabkan kematian anaknya itu akan menerima hukuman yang setimpal.
“Saya harap orang yang menyebabkan kematian Siti Nur Surya akan menerima hukuman yang setimpal.
“Dia (suspek) sering datang ke rumah, namun sejak beberapa bulan lepas agak jarang menemui kakak (Siti Nur Surya) di rumah. Saya benar-benar tidak sangka dengan kejadian yang menimpa,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam kejadian pada Ahad, mayat Siti Nur Surya ditemui dengan kesan tetakan pada badan serta putus tangan kiri.
Polis pada Isnin telah pun menahan wanita yang juga merupakan rakan sekolah mangsa berusia 19 tahun bagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Berita Harian, Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Fizo Omar ada berkongsi momen bersejarah saat pertama kali anaknya, Maryam mampu untuk menaiki basikal dengan sendirinya.
Menurut Fizo, momen-momen seperti ini sering kali dipandang remeh bagi segelintir golongan bapa namun baginya ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
“ALA NAIK BASIKAL JER! Nampak simple je kan, gambar anak naik basikal? Perasaan seorang bapa pergi ke kedai basikal untuk belikan hadiah basikal kepada anak berbeza dengan pergi ke kedai kereta untuk beli kereta mewah untuk diri sendiri.
“Syukur Allah masih beri peluang dan nikmat rasa dan perasaan untuk menggembirakan hati si buah hati.
“Bila tengok betapa excitednya si anak dapat basikal dan trying so hard untuk kayuh dengan penuh perasaan, itulah nikmat sebagai seorang ayah yang tak dapat dibeli dengan nilai wang ringgit,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Pengantin Satu Malam itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Jelas Fizo lagi, dalam kesibukkan si bapa mencari wang ringgit demi membahagiakan seluruh ahli keluarga, janganlah pula mengabaikan masa-masa berharga bersama orang-orang tersayang.
“Si anak kecil tidak tahu menilai dari segi berapakah harganya, tapi moment yang dicipta oleh kita sendiri disebalik kesibukan mengejar dunia sehingga kita terlupa inilah nikmat yg paling ultimate bila bergelar ayah.
“Kadang si Ayah terlupa apa yg si anak perlukan kerana ayah terlalu sibuk dgn ‘dunia’ ayah. ‘Ayah berkerja siang malam, cari makan utk anak-anak’.
“Ye betul, tapi adakah hanya beri ‘makan’ akan terus membahagiakan anak2? Kadang simple effort in shot moment tu memberi impak yg besar terhadap anak-anak.
Dalam pada itu, Fizo turut menyifatkan momen-momen seperti ini membuatkan dirinya lebih menghargai jasa ibu bapanya sewaktu membesarkannya satu ketika dahulu.
“Bila dah ada anak ni membuatkan kita sebagai ayah yang juga pernah bergelar anak, lebih menghargai jasa ibu bapa kita sebelum ni.
“Ayah, daddy, baba, papa, abah dan sesiapa yg bergelar bapa, appreciate this moment sebab bila ianya berlalu dan takkan mungkin dapat berpatah balik. Dunia yang dikejar takkan pernah dapat, tapi kebahagian yang dicipta akan mewarnai dunia,” akhirnya.
Entri tersebut turut mendapat reaksi daripada bekas isterinya, Mawar Karim.
“Ya ampun Maryam, punggah awat rambut jadi lagu tu. Adoi bapa Maryam please bagi kemas sikat. Takmau la berlemoih raplah jingga nanti,” selorohnya.
Terdahulu, Fizo telah pun mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Mawar Karim pada tanggal 10 November 2013 namum memutuskan untuk bercerai pada Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Wan Maryam.
Sumber: Instagram Fizo Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memetik laporan Astro Awani, Amin memfailkan tuntutan tersebut selepas dikatakan telah dihalang untuk bertemu dengan dua anaknya, Edlynn Zamileen,15, atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 13, yang popular dengan panggilan Kacak.
Bapa berusia 42 tahun itu memberitahu, dia amat merindukan kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan mereka melalui media sosial atau pun televisyen.
Difahamkan kali terakhir mereka bertemu adalah pada dua tahun lalu di ibu pejabat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak selama 15 minit sahaja.
“Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat.
“Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, Amin turut mendedahkan sebelum ini dia hanya dibenarkan bertemu anak-anaknya itu di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida, di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah sahaja.
“Kedua-dua anak masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka.
“Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu,” kongsinya lagi.
Prosiding bagaimanapun tidak dapat dijalankan kerana Datuk Seri Vida selaku defendan tidak menghadirkan diri.
Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty menetapkan 25 November ini sebagai sebutan semula kes.
Terdahulu, Amin telah berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada tahun 2000 sebelum bercerai pada 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.
Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree meninggal dunia dalam satu kejadian kebakaran di rumah Datuk Seri Vida di Ipoh pada 2013.
Sumber: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...