Uncategorized

“Tunggu Penjelasan Saya, 23hb Ni,” -Datuk Seri Aliff Syukri

Share

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menngumumkan bakal memberi penjelasan untuk isu yang melanda dirinya kini.

Namun, buat masa sekarang, dia dan keluarganya harus menenangkan diri daripada terus dimaki masyarakat.

“Lebih baik saya pergi, #biarapaorangkata tunggu penjelasan saya 23hb ini, di mana patut saya bawa diri yang sedih,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid turut berkongsi foto sedang berkemas-kemas untuk pergi bercuti.

“Jom kita p jalan @Yusoffalqardawi,” tulisnya.

Sebelum ini, Aliff berdepan dengan kecaman netizen apabila salah satu pemasarannya di dalam sebuah program dilihat seperti mempersendakan orang.

Susulan itu, Aliff ada juga memuat naik video meluahkan kekesalannya terhadap masyarakat yang suka menuduh tanpa mengetahui niat sebenarnya.

Alahai Aliff, semoga anda dapat ketenangan yang dicari. Apa-apapun,kita tunggu pengumuman apa yang bakal didedahkannya pada 23hb ini ya!

IKLAN