Kehilangan orang tersayang tentunya bukan mudah terutamanya buat seorang ibu yang hilang anak tersayang.

Sempena bulan ramadan ini, penyanyi, Azharina Azhar memuat naik foto di laman Instagram miliknya melawat kubur anak keduanya, Allahyarham Rizqie Azharin Azhar tempoh hari.

“I miss you so much, son. I pray for you day and nite. May you always happy playing in heaven with the other angel my anak soleh..

“Tunggu mumy di syurga ya nak. Al-fatihah… tiada perasaan bole gambarkan rawan sedih hati seorang ibu menguburkan anak sendiri. Lebih sakit dari segala ujian yang mampu di gambarkan,” tulisnya.

Terdahulu, anak angkat kedua Azharina meninggal dunia Mac tahun lalu kerana menghidap komplikasi pelbagai penyakit.

IKLAN

Selain Rizqie, Azharina turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rahmat Azharin Azhar Abdullah.

Sementara itu, perkongsian Azharina tersebut mendapat perhatian peminat. Rata-rata memuji tindakan Azharina itu.

IKLAN

‘Tunggu Mummy Di Syurga Ya Nak’- Sedih Baca Luahan Azharina Azhar Di Kubur Anak

IKLAN

‘Tunggu Mummy Di Syurga Ya Nak’- Sedih Baca Luahan Azharina Azhar Di Kubur Anak

‘Tunggu Mummy Di Syurga Ya Nak’- Sedih Baca Luahan Azharina Azhar Di Kubur Anak

Pada MH, di saat orang ramai ghairah mengejar ‘duniawi’ kita lupa pada mereka yang telah pergi. Syabas kepada Azharina kerana menerusi perkongsiannya itu dapat menyedarkan kita yang lalai dan leka ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI