Nama Rita Rudaini sememangnya sudah dikenali di Malaysia ini apatah lagi dia sememangnya salah seorang pelakon sering memberikan prestasi lakonan yang hebat.

Berikutan itu, mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah 2 orang putera Rita, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna akan mengikuti jejak langkahnya dalam bidang tersebut.

‘Tunggu Mereka Besar Dulu Baru Boleh Berlakon’- Respon Rita Jika Anak Nak Berlakon

IKLAN

“Mereka memang selalu tanya bila boleh ‘shooting’ dan nak berlakon cuma saya yang tak bagi sebab mereka kecil lagi.

“Kalau ditanya umur yang sesuai untuk mereka boleh ‘start’ berlakon, mungkin sampai besar atau habis sekolah kot.

“Ada juga diaorang tanya bandingkan dengan kanak-kanak lain, tanya kenapa budak lain boleh berlakon tapi mereka tak boleh.

“Jadi saya terangkan pada mereka yang lakonan ini bukannya senang dan pujuk supaya habiskan sekolah dahulu baru boleh berlakon,” katanya ketika ditemui di sidang media Oh My Family di The Forum, The Signature Hotel & Serviced Suites, kelmarin. 

Tambah Rita lagi, setakat ini dia lihat bahawa kedua-dua orang anaknya itu tidak pemalu dengan kamera.

IKLAN

‘Tunggu Mereka Besar Dulu Baru Boleh Berlakon’- Respon Rita Jika Anak Nak Berlakon

IKLAN

“Saya lihat diaorang ini boleh selamba je depan kamera dan kalau ada ‘fotoshoot’, diaorang memang sukalah.

“Setakat ini saya tak pernah lagi cuba bagi skrip cuma di sekolah Rayyan ada subjek ‘speech and drama’, jadi memang selalu lah dia terlibat.

“Memang boleh nampak lah dia minat dalam bidang ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Rita mengatakan bahawa dia tidak menghalang jika satu hari nanti anaknya ingin menjadikan lakonan sebagai karier.

‘Tunggu Mereka Besar Dulu Baru Boleh Berlakon’- Respon Rita Jika Anak Nak Berlakon

“Saya tak halang tapi dalam kalau ikutkan hati ini biarlah bidang lain. Setakat ini dia orang suka berlakon tapi lebih cenderung dalam bidang muzik.

“Macam Rayyan, dia sukakan piano. Cuma kalau depan kamera memang dia orang tak kekok,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI