Tunggu Detik Untuk Bergelar Ibu, Izara Aishah ‘Payung’ Foto Terkini Kehamilannya!

Share

Pelakon Izara Aishah ada memuat naik beberapa keping foto terkininya di akaun Instagram miliknya.

Difahamkan, usia kandungannya kini sudah pun mencecah usia lebih tujuh bulan dan sedang menghitung hari untuk bergelar ibu.

Sebelum ini, Izara pernah memaklumkan bayi yang bakal dilahirkan ialah bayi perempuan pada majlis majlis ‘Baby Shower’ Februari lalu.

Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.

Pasangan ini berkahwin pada 17 November 2017.

MH mendoakan semoga segala urusan Izara untuk bersalin dipermudahkan.

Foto: Instagram Izara Aishah

IKLAN