Meluahkan kesedihan apabila masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak bersyukur dan mengeluh akan ujian kecil yang menimpa, kata pereka terkenal, Datuk Rizalman, sekarang merupakan masa untuk membela nasib insan yang kurang bernasib baik, bukannya saling bertelagah.
Dia turut berkongsi tragedi hitam yang diterima menerusi ruang mesej yang memaklumkan keluarga fakir miskin ini kehilangan tempat berteduh selepas rumah mereka terbakar. Walaupun kesemua ahli keluarga selamat, namun cukup menyedihkan, kucing peliharaan mereka mati terbakar.
“Celiklah mata wahai SEMUA golongan.. bayangkan sekiranya perkara sebegini berlaku pada kita.. adakah kita nak merungut pasal keletihan menjadi frontliners?
“Adalah kita nak membebel rasa terkurung? adakah kita nak berleter pasal makan benda yg sama setiap hari? adakah kita nak sibuk berkongsi benda viral dan melagakan manusia? adakah kita ambil tahu keadaan rezeki orang lain? adakah kita sedang sibok mencari puak untuk berpihak pada pandangan kita?
“Ramai lagi yg bakal menghabiskan nyawa dlm keadaan lapar dan berserah pada Allah SWT. Kita? Kita masih ada bumbung untuk berteduh walau seteruk mana pon kesusahan yg di alami. Maka cari lah teduhan untuk diri kita di padang Masyhar nanti selagi daya, agar menjadi antara 7 golongan yg di janjikan itu.
“syukor Ya Allah kerana bukan sahaja memberikan kita rezeki, malah peluang berbuat pahala,” tegasnya.
Pelakon Ashraf Muslim yang disahkan dijangkiti virus Covid-19 berkongsi pengalaman menyambut Ramadan di hospital bersama pesakit yang lain.
Dia mengakui cukup tersentuh melihat kesungguhan teman yang kusyuk membaca Al-Quran dan cukup tenang melalui ujian yang diturunkan.
Ujian disifatkan sebagai asbab untuk Allah menguji keimanan seseorang.
“Assalamualaikum… Hari ni AM tersentuh hati bila melihat kesungguhan mereka membaca alquran dalam keadaan yg mereka semua adalah pesakit Covid19 yg cukup di geruni dan ditakuti.
“Tapi mereka disini sungguh tenang melalui segala macam disini. Bg mereka covid adalah asbab utk Allah uji keimanan seseorang itu.
“Allah rindukan kita utk mengadu padanya, bermanja denganNya. So.. bulan ramadan ini dipenuhi dgn aktiviti-aktiviti yg mendekatkan diri dgn Allah yg satu. Salah satunya membaca Al Quran.
“So rakan-rakan mari lah kita penuhi masa dgn membaca dan mendekatkan diri dgn Al quran.. dan berdoalah sepuas-puasnya… insyaallah Allah akan bantu kita semua.. Percayalah kawan-kawan. Dari kami wad 31, PKKN,” kongsinya.
Dalam pada itu, Ashraf turut berkongsi tazkirah Subuh berkenaan hadis Rasulullah SAW yang menyebut mengenai memberi peringatan kepada ahli keluarga terdekat mengenai sunnah dan amaran Rasulullah SAW.
“Walaupun kami di wad, tak semestinya kita tak boleh belajar kan.. InsyaAllah apa yg saya dengarkan utk anda tadi harap dapat amalkan dan sampaikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kita yer,” kongsinya lagi.
Doktor selebriti, Dr Say Shazril mengakui rasa takut dalam diri memandangkan dia bertugas di blok yang majoritinya dijangkiti virus Covid-19.
Jelas pengacara My Doctor itu, dia merupakan petugas yang bertanggungjawab mengambil sampel tekak dan hidung di Blok D Pasar Borong Kuala Lumpur dan mengejutkan majoriti pesakit adalah daripada kawasannya.
Malah, dia tidak mampu menyembunyikan kerisauan sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi dan telah mengambil langkah pencegahan tambahan sebelum pulang ke rumah.
“Topik : Tipulah Kalau Tak Takut
“Sy bertugas di Blok D Pasar Borong Kuala Lumpur sejak 21.4.2020. Kebanyakan hari sy berada di station sampling yg mana tugas sy meng-swab tekak/ hidung.
“Setakat 27.4.2020 bilangan kes positif di Pasar Borong ni adalah sebanyak 69 kes daripada 15,276 orang yg di sampel. Pagi ni sewaktu briefing, sy diberitahu yg positive cases di Pasar Borong KL ni majoritinya daripada Blok D. Terduduk sy dibuatnya peeps.
“Kiranya kemungkinan besar tekak yg sy swab sejak 21.4.2020 ada yg positif COVID-19. Terus-terang sy cerita ada beberapa malam sy bermimpi yg sy ambil sampel tanpa PPE, bermimpi kerja tanpa face shield & face mask, bermimpi disinfect badan berkali2 sebab rasa masih tak bersih.
“Terjaga sy dibuatnya sebab risaukan Ace & bini. Apa yg sy harapkan bila sy bekerja hanyalah semata-mata perlindungan daripada PPE & perlindungan Ilahi sebab bila tengah ambil sampel, ada yg terbatuk kat muka kita, terbersin kat muka kita, ludah sana sini yg mungkin kita terpijak & terbawak balik.
“Sy letak setin besar disinfectant spray dalam kereta sy. Each time balik sy spray seat, stering, footmat kereta sy. Sampai rumah mandi terus, siap syampu & sabun 2 kali. Kalau sy hidup sorang sy tak kisah.
“Tapi bayangkan kalau anak sy dapat COVID dari sy (Nauzubillahiminzalik) memang tak akan sy maafkan diri sy. Berharap sangat COVID ni boleh nyah dari muka bumi ni. Penat hidup dalam kerisauan sebegini.
“Takpelah sikit je lagi kan? Number of cases dah menurun, kematian pun menurun. Together we can bring this COVID down peeps!” kongsinya.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...