Uncategorized

Tunai Umrah Minggu Depan, Sarah Mohon Maaf Sebelum Berangkat Ke Mekah Serta Pohon Semuanya Dipermudahkan

Share

Pasangan selebriti, Shuib dan Sarah bakal berangakat ke tanah suci Mekah minggu hadapan bagi menunaikan umrah. Perkara tersebut dimaklumkan Sarah kepada MH.

Penyanyi lagu Semakin ini memberitahu, keberangkatannya ke sana turut disertai penyanyi Mark Adam dan isterinya.

“Alhamdulillah, niat untuk kembali ke tanah suci termakbul minggu hadapan, insyaAllah. Semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Pada masa sama, Sarah turut memohon maaf buat semua yang mengenali dirinya.

“Mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan, tutur kata, perbuatan atau apa saja khilaf kami. Halalkan juga yang termakan, terminum.

“Doakan kami agar perjalanan umrah berjalan dengan baik dan mendapat Umrah mabrur Insyaallah,” pinta Sarah.

Menurut Sarah lagi, ini merupakan umrah ketiga dan kedua buat suaminya.

“Jika dizinkanNya, ia menjadi umrah kedua buat kami sebagai suami isteri, syukur alhamdulillah,” jelasnya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Sarah bakal bersaing di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-33 esok, mempersembahkan single terkininya, Semakin.

Sementara Shuib pula baru saja selepas melakar nama dalam The Malaysia Book Of Records apabila berjaya menjadi Most Numbers of Bees On Human Body (Male), di Melaka beberapa hari lalu.

Foto: Instagram Sarah

IKLAN