Pelakon, Datuk Aaron Aziz kini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah bersama keluarga.
Lalu, aktor berusia 43 tahun ini turut berkongsi momen tersebut di laman media sosial Instagram miliknya.
Dalam pada itu, bapa kepada empat orang cahaya mata ini sempat menitipkan kata-kata doa buat anaknya.
“Alhamdulillah Thank you ALLAH gambar 3 tahun lalu ke Masjid Quba. Only missing @andreshawqi son cos he has school so balik awal. Both my family n Aide’s family went with @persadaglobalholidays 3yrs ago and now too.
“Cepat betul anak anak membesar.. May ALLAH grant us long lives to watch our kids grow old, fall in and out of love and going through ups & downs.
Ads
“Jadikan lah anak anak kami diantara hamba hamba MU YA ALLAH yg sentiasa sujud kpd MU, beriman kpd MU, bertawakal kpd MU, mengikut segala perintah MU Dan menjauhi dari segala larangan MU YA ALLAH. Amin Ya Rabbala’lamin,” tulisnya panjang lebar.
Selain itu, peminat turut mendoakan agar urusan ibadah umrah Aaron sekeluarga dipermudahkan.
Ads
Sekadar informasi, pelakon yang kelahiran Singapura ini telah dilahirkan pada 23 Februari 1976. Aaron Aziz telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan 4 cahaya mata.
Akui bahawa dirinya kini menjadi bualan ramai, pelakon Zara Zya tenang menghadapi dugaan yang melanda dirinya apabila sudah putus tunang dengan Hafreez Adam bulan lalu.
Pun begitu, pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) itu tidak mematahkan semangatnya dengan sokongan kuat dari keluarga, sahabat dan kelab peminat.
“WHAT DOESN’T KILL YOU MAKES YOU STRONGER.
“Lately macam2 cerita keluar pasal saya. Yelah saya pon tak boleh control apa yg org nk cakap pasal saya. Saya percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya.
“Saya bersyukur sangat2 sebab tak putus2 fans,family and friends bagi kata semangat menyokong dan doakan yg terbaik utk saya.
“Yang peluk saya sekarang ni, kawan saya dari Japan. Sanggup dtg sini semata2 nak jumpa dan bg semangat kat saya. @hickeymic,” tulisnya.
Mahu menjadikan tahun 2020 sebagai tahun terbaik untuk dirinya, Zara mahu melakar nama dan bakatnya agar terus cemerlang dalam industri hiburan dan perniagaan yang dijalankan kini.
“Apa yg jadi, biarlah. Saya nk buka buku baru dan jadikan tahun 2020 sebagai tahun cemerlang utk bisnes dan juga karier.
“Saya harap sokongan semua utk bg saya lbh kuat dan tabah utk harungi cabaran seterusnya.
“Nasihat saya, berkawan jangan seribu. Please, kecilkan your circle. Kawan boleh jadi lawan,” akhirinya.
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi ratu irama tradisional Malaysia, Noraniza Idris yang sudah lama bergiat dalam industri seni tanah air.
Baru-baru ini, menerusi akaun Instagram miliknya ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menariknya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Awallah Dongdang ini telah berkongsi foto dirinya ketika di bangku sekolah menengah.
“Gambar Form4 @sekolahtinggikluang Bersama teman paling cool @norlaily_myusof .Masih sama walaupun makin mudo kita ya,” tulisnya.
Elfira Loy dan suaminya Muhamad Faris Khairol Anuar selesai menganjurkan majlis akikah serta tahnik buat putera sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf beberapa hari lalu.
Menerusi foto yang dikongsikan Elfira di akaun Instagram miliknya, majlis tersebut diadakan secara meriah dan bintang ini turut berkongsi pengalaman sepanjang majlis menerusi ruangan kapsyen.
Terkini, Elfira yang mesra disapa EL ada mengenai perjalanan majlis akikah anaknya itu.
Kongsinya, dia kerap menonton video selain mencari di laman sesawang berkenaan majlis berkaitan kerana agak jarang dengan majlis sedemikian.
“Cakap pasal aturcara majlis pulak. El memang tak familiar langsung dengan majlis sebigini sebab jarang pegi and el pulak anak pertama yang kahwin. So el banyak google & tengok video.
“Susah betul nak faham sebab banyak cut cut. So el pun tanya ustaz apa yang boleh buat . Jadi on that day the flow, Ustaz Dato’ Shamsul memulakan dengan bacaan yassin, tahlil ringkas, doa, tahnik serta cukur jambul & alunan selawat & qasidah dari kumpulan Marhaban Alam Damai.
“Barang yang diperlukan untuk tahnik & cukur jambul adalah kurma, kismis, air zamzam & gunting. (terima kasih mama decokan tempat bekas keperluan tu).
“Bahan-bahan tadi dicampurkan di dalam satu bekas dan ditahnikkan di atas lelangit baby. Air tahnik tu diminum oleh ibu & bapa, tapi lupa nak tanya tujuannya apa. Tapi Alhamdulillah, sepanjang majlis ini rayyan tenang je,” tulisnya panjang lebar.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.