Uncategorized

Tunai Umrah, Che Puan Juliana Evans Kongsi Foto Di Tanah Suci Mekah

Share

Pelakon dan pengacara, Che Puan Juliana Evans kini telah berada di tanah suci Mekah.

Difahamkan, pelakon berusia 30 tahun itu telah menunaikan umrah bersama suami tercinta.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkongsi momen tersebut di akaun Instagram miliknya.

“Pintu gerbang Masjid Al-Nabawi Rasa sangat bertuah dapat berada di sini. Bila Baby Mily dah besar sikit, boleh bawa dia ke sini pula insyallah kalau ada rezeki jadi tetamu Allah lagi #Madinah Abaya : @aeriemaryamboutique,” tulisnya.

Pelakon Kami The Movie ini mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang puteri, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.

MH mendoakan agar semoga semua urusan Juliana dan suami dipermudahkan.

Foto: Instagram CP Juliana Evan

IKLAN