Berita mengenai kelahiran cahaya mata sulung kesayangan tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi akaun Instagram rasmi beliau iaitu @chedetofficial, Tun telah memuat naik satu video bagi memberi dedikasi dan ucapan tahniah buat penyanyi Segala Perasaan itu dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang menerima telah menyambut kelahiran anak pertama mereka di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pada jam 8.19 pagi tadi.

IKLAN

“Assalamualaikum Datuk Khalid dan Datin Siti Nurhaliza, saya tumpang gembira mendengar bahawa sekarang ini pasangan yang kita kenali dengan dekat, sudah pun dapat seorang cahaya mata.

 

“Saya harap ini akan menggembirakan bukan sahaja Datuk dan Datin tapi saya yakin ramai rakyat Malaysia amat gembira mendengar berita.

 

“Inilah satu berita baik yang kita terima ketika ini dalam keadaan ramai kurang senang dengan keadaan (sekarang), tetapi kelahiran anak pertama ini adalah satu nikmat,” katanya seperti yang dipetik menerusi video berkenaan.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton hampir 50, 000 kali tontonan dengan lebih 300 komen yang rata-ratanya terdiri daripada para peminat. Tahniah dari MH buat Siti!

IKLAN

Foto: Instagram Tun Mahathir & Datuk Seri Siti Nurhaliza

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI