Walaupun sudah tiga hari berlalu, insiden penyanyi Sissy Imann menangis saat persembahannya dikritik juri tetap, Mas Idayu dalam program realiti Famili Duo masih lagi hangat diperkatakan sehingga kini.

Pasangan duet Sissy, penyanyi Naim Daniel yang juga merupakan sepupunya ada mendedikasikan satu hantaran khas bagi menaikkan semula semangat Sissy yang dilihat cukup terkesan dengan komen diberikan Mas Idayu pada minggu keenam program itu berlangsung pada Ahad lalu.

“Tak mengapa, saya ada.

“Kadang, ada ketika di mana kita menjalani tuntutan tugasan kita dalam keadaan yang kita sendiri tak sehebat mana dalam menjayakannya, tapi kita tetap cuba.

“Walau kadang kita dua tak pasti sama ada orang akan suka bagai nak gila atau benci mencuka.

“Tak mengapa, saya ada.

“Kadang, ada ketika di mana kita berdua berhadapan dalam satu keadaan sama ada ingin menyahut cabaran atau kekal dalam selesanya landasan, tapi tetap juga kita teruskan walau kita sama-sama takut dengan pelbagai penerimaan,” tulis Naim di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

IKLAN

Dalam hantaran itu juga, Naim berkata, sebagai orang muda, mereka cuba membawakan kelainan agar dapat mempelbagaikan lagi ruang lingkup mereka dalam memberikan persembahan pada setiap minggu.

“Biasalah, darah mudakan suka perubahan? Pasti adanya penentangan. Itu adat pertandingan.

“Tak mengapa, saya ada.

“Kadang, ada hari dimana kita berdua mati akal, kaedah apa dan lagu apa lagi yang kita nak bedal.

IKLAN

“Supaya terhiburnya semua tanpa disangkal-sangkal. Kita tetap cuba cekal walau tahu penat minggu demi minggu kian menebal.

“Tak mengapa, saya ada.

“Dan jangan risau, walau ada hari di mana riang awak terhakis, menangis tak habis bagai pisau menghiris.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

“Tetap tak hilang peribadi awak yang umum tahu, seorang yang manis.

“Tak mengapa, saya ada,” tulis Naim lagi.

Terdahulu, persembahan Sissy dan Naim menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini mendapat kritikan hebat daripada Mas Idayu.

Kata Mas, lagu yang disampaikan tidak sesuai buat pasangan itu kerana menganggap nyanyian mereka sangat kasar dan tidak sedap.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI