Pelakon terkenal, Fasha Sandha memaklumkan dirinya kini telah dibenarkan pulang selepas lapan hari menerima rawatan selepas mengalami kecederaan di bahagian mata kiri dan tulang pipi sewaktu menjalani penggambaran.
Jelas Fasha, insiden yang berlaku membuatkan dia lebih bersyukur atas nikmat pancaindera yang lain.
“Kepada yang bertanya keadaan saya ketika ini, fizikal luar mata dan bengkak telah beransur pulih. Tulang mata kiri saya patah, ada tisu, muscle dan darah beku.
“Walau begitu, saya tetap bersyukur, mata kanan masih sihat sempurna dan banyak lagi nikmat kebaikan yang diberikan pada saya, daripada ujian ini.
“Saya dah boleh discharge hari ni Alhamdulillah. Special thanks buat mama yang tolong menjaga anak-anak saya. Suami yang menemani saya di hospital,” kongsinya.
Dalam pada itu, pelakon filem Anak Halal itu tidak mahu menyalahkan sesiapa sebaliknya menyifatkan segala yang berlaku mempunyai hikmah.
Ads
“Saya tidak pernah rasa tertekan, tidak mahu menyalahkan sesiapa, saya anggap Allah hanya ingin saya berehat seketika.
“Ya, lapan hari yang begitu panjang buat saya, pertama kali admitted di hosp kerana injured. Pertama kali menggunakan personal medical card dan personal insurans yang saya ambil sejak tahun 2004.
“Saya tak pernah bermalam di hospital kecuali ketika bersalin. (Itu pun hanya 1 malam),” kongsinya lagi.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Fasha menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ads
Katanya lagi, dia bagaimanapun ralat kerana terpaksa menangguhkan sesi penggambaran.
“Ya, ‘benda nak jadi’. Apa kita boleh buat, kita cuba sehabis baik. Kita buat yang terbaik tapi kemalangan tetap terjadi.
“Dalam hati saya ini, saya hanya fikirkan tanggungjawab yang masih tertangguh, malah pada hari kejadian. Saya hanya fikir ingin habiskan tugas tapi Fieza, Encik Along Kamaludin dan doktor tidak mengizinkan.
“Dikala kesakitan, baru kita sedar, siapa yang betul-betul sayangkan kita. Saya tidak akan lupakan momen-momen percutian di hospital selama 8 hari 7 malam,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Fasha turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak terutamanya para petugas hospital yang telah menjaganya dengan baik.
Terdahulu, insiden kecederaan yang menimpa Fasha itu berlaku ketika sedang melakonkan babak bergelut bersama pelakon, Azhan Rani.
Fasha mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil.
Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar di Johor Bahru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Adik kepada pengacara dan usahawan Neelofa iaitu personaliti media sosial, Ameera Khan sekali lagi menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen selepas dia berkongsikan gambar berpakaian seksi sehingga menampakkan sosok tubuh yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Menerusi foto tersebut, Ameera menggayakan baju turtle neck berona kulit yang melekap sehingga menampakkan jenis bentuk dadanya.
Ameera kini berada di Paris, Perancis bagi menghadiri sebuah acara fesyen yang berlangsung di sana.
“Paris, you are so cute,” tulis Ameera ringkas di ruangan kapsyen bersama beberapa siri gambarnya dengan pakaian yang sama.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan penampilan Ameera itu sangat tidak sesuai memandangkan dia baharu sahaja pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.
“Wow, balik dari umrah semakin luar biasa.
“Orang kata berkali-kali pergi umrah pun belum tentu masih terbuka pintu hidayah.
“Sesetangah orang pergi umrah sekadar trending zaman sekarang sebab mampu. Yang pergi dengan seruan dan rezeki tu lain.
“Kenapa ya saya dapat rasakan dia pergi umrah macam pergi bercuti jalan-jalan dengan keluarga je? Tapi tak mengapalah. Itu hak masing-masing,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Meerqeen berbangga apabila wajahnya secara eksklusif menghiasi papan iklan elektronik gergasi di dinding menara bangunan TSLaw, bersebelahan menara TRX bermula hari ini.
Pertama kali menjadi wajah wakilan bagi jenama pakaian tempatan popular Elrah Exclusive, bintang drama Melur Untuk Firdaus itu dilihat turut berswafoto dengan iklan yang memaparkan figuranya.
Dalam pada itu, jenama berkenaan mencipta rekod sebagai label tempatan pertama menghiasi sudut iklan lokasi berkenaan yang selama ini didominasi jenama antarabangsa dan mewah.
Menurut pengasas jenama itu, Mohd Hilmi Che Azman atau mesra dengan panggilan El Azman berkata, pihaknya optimis dengan usaha dilakukan bersama.
Malah, projek mega iklan berkenaan yang terpampang setiap malam dari jam 8 hingga 12 tengah malam selama tempoh lebih kurang dua bulan itu dianggarkan menelan belanja jutaan ringgit.
“Kalau selama ini, sewaktu melintasi atau memandu kereta di jalan berdekatan menara bangunan itu, kita sering melihat jenama mewah seperti Louis Vuitton, Gucci, Mont Blanc dan sebagainya.
“Tapi kini saya bangga dan puas jenama Elrah Exclusive terpampang di papan iklan elektronik gergasi itu. Semuanya tak mustahil dan menjadi catatan manis dalam perjalanan mengukuhkan jenama ini sejak 2014.
“Idea untuk meletakkan jenama Elrah di bangunan seperti itu terdetik ketika saya melancong di luar negara. Alhamdulillah kini jenama tempatan seperti Elrah Exclusive juga mampu bersaing dan buat pemasaran setanding jenama antarabangsa,” katanya.
Iklan raya itu turut memaparkan dirinya selain wajah wakilan artis berpengaruh dan popular lain seperti Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Project: High Council, Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot selain Meerqeen.
Tak ketinggalan dua bintang TikTok popular, Aabias dan Wan Chai.
“Malah lebih mengujakan selain deretan bintang ternama dan berpengaruh itu, projek mega iklan ini juga menyatukan saya dengan pengedar yang juga pemilik dua butik Elrah Exclusive di Setapak dan Elrah Melaka iaitu Syed Ahmad Syed Salim atau SASS SYED
“Jika diperhatikan di iklan itu memang khusus diletakkan dua nama butik kendaliannya di Platinum walk, Elrah Setapak dan di Pantai Klebang, Elrah Melaka.
“Saya puji usaha dan semangatnya. Dia juga antara anak muda yang menjana pendapatan menerusi jenama saya. Dia antara 36 pengedar atau pemilik butik Elrah yang beroperasi di seluruh Malaysia,”katanya lagi.
Persalinan berkenaan dijual serendah RM50 untuk kurta sehingga RM189 (baju Melayu) dan pihaknya menyasarkan keuntungan jualan sebanyak 250 juta setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Hawa Rizwana, 27, mendedahkan hubungannya bersama Zizan Razak, 39, tidak lebih dari sekadar kawan selain menyifatkan personaliti itu sebagai seorang abang.
Hawa atau nama sebenarnya, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan menjawab persoalan tersebut selepas timbul desas-desus mereka kini sedang menjalin hubungan akrab.
“Saya dan Zizan sudah lama berkawan, dari saya baharu masuk industri lagi. Namun saya tak nafikan, sememangnya Zizan kuat mengusik, suka mengacau dengan berkongsi gambar kami.
“Tapi kami tiada apa pun, saya pun anggap dia macam abang. Dia pun kiranya ialah senior saya dalam industri. Saya juga pernah menemubual dia beberapa kali sebelum ini.
“Malah, mungkin ramai buat telahan susulan sama-sama terbabit dalam telefilem sempena Hari Raya Aidilfitri arahan Micheal Ang,” katanya.
Menerusi naskhah terbabit, mereka mendukung watak sebagai suami isteri.
“Cerita romantik komedi itu pun sangat menarik dan saya gembira dapat bekerja dengan Zizan.
“Jadi ini dikira lakonan pertama saya kerana sebelum ini saya tak pernah berlakon pun. Sebelum ini saya hanya bertugas sebagai pembaca berita dan mengacara sahaja.
“Tapi selepas sekarang mengacara program hiburan, MeleTOP, saya perlahan-lahan memasuki dunia hiburan, jadi lakonan adalah benda baharu bagi saya,” katanya lagi.
Hawa menambah, dia juga tidak kisah dengan usikan netizen, cuma komitmennya kini hanya kepada kerjaya.
“Bagi saya, usikan itu biasa sebab mungkin apabila melihat kami berdua, orang mengusik. Saya pun hanya anggap dia macam abang saya, jadi saya tiada apa pun dengan usikan itu.
“Keluarga saya pun tahu saya macam mana, jadi mereka tiada cakap apa-apa.
“Lagipun sekarang ini berkahwin bukan keutamaan saya, memandangkan saya banyak buat benda baharu sekarang ini.
“Jadi saya lebih fokus untuk memperbaiki diri saya supaya menjadi pelakon dan pengacara yang lebih baik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...