Tujuh Tahun Pergi Mengadap Ilahi, Safura Muat Naik Foto Ciuman Terakhir Buat Si Anak Syurga. Jentik Rasa Pilu…

Share

Penyanyi dan baru saja menyertai Gegar Vaganza 5 (GV5), Safura Ya’cob mengundang rasa sebak dan pilu di kalangan peminat apabila memuat naik foto mencium arwah anak, Nur Aisyah Maryam.

Bintang yang sinonim menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu memuat naik foto pilu berkenaan menerusi Instagram miliknya, dua hari lalu.

Difahamkan, anak perempuannya itu meninggal dunia pada September 2011 lalu akibat mengalami demam berpanjangan.

Menerusi ruangan kapsyen, Safura menitipkan rasa rindu dan pilu atas sebuah kehilangan.

“Ciuman terakhir. Entah kapan aku akan bertemu anak syurgaku ini. Ya Allah rindu yang tidak tertanggung saat ini. Walaupun sudah 7 tahun meninggalkan kami.

“Segala cinta dan sayang kau bawa bersama. Pilu sebuah kehilangan, Nur Aisyah Maryam,” nukil Safura.

Safura turut mempunyai seorang anak bersama pelakon Shahronizam iaitu Yusoff Firdaus dan menerusi hasil perkahwinan sebelum ini, Safura dikurniakan dua anak, Nurul Natasha, 24, dan Muhammad Daniel Khaqim, 18.

Foto: Instagram Safura

IKLAN