Baru-baru ini, pelakon Fatin Afeefa telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Twitter miliknya.
Pelakon berusia 25 tahun ini telah berkongsi gambar ketika dia mengalami masalah kulit yang teruk di wajahnya.
“Jangan brag lah if you have great skin. U will experience terrible breakout one day. I never had a single zits. Dari kecik sampai i 23. And i berlagak gila. Lepastu boom. Breakout whole face”tulisnya.
Jangan brag lah if you have great skin. U will experience terrible breakout one day. I never had a single zits. Dari kecik sampai i 23. And i berlagak gila. Lepastu boom. Breakout whole face
Kongsi Fatin, dia dahulu bersikap riak kerana memiliki kulit wajah yang cantik dan mulus namun ada suatu ketika dia mengalami masalah kulit yang teruk di wajahnya.
Ads
Dalam pada itu, Fatin turut menasihati kepada peminatnya untuk tidak bersikap riak jika memiliki kulit wajah yang cantik dan mulus.
“Kesimpulannya, janganlah anda riak. Tuhan nak tarik nikmat cantik tu bila bila masa je boleh” tulisnya lagi.
Ads
Kesimpulannya, janganlah anda riak. Tuhan nak tarik nikmat cantik tu bila bila masa je boleh ?
Baru sahaja terima kehadiran orang baru lebih sebulan lalu, pelakon Shakilla Khoriri menjelaskan lambakan foto anaknya, Ameena Sofia di Instagram bukanlah kerana dia obses dengan anak sendiri.
Cuma, naluri seorang ibu sudah semestinya anak menjadi keutamaannya kini. Lebih-lebih dia kini terperap di rumah kerana berpantang.
“Takde bukan obses dengan anak sendiri. Kang orang kata asyik dok posted gambar anak ja. Tapi tu la kita kan manusia, apa ja situasi kita ketika ITU dan INI mesti lah kita nak post.
“Sama macam korang, Kalau rasa baju korang terlalu cantik hari tu, post gambar berkeping2. Depan belakang kiri kanan. Ohh…malam anugerah tak payah cerita lagi hebat gambar keluar.
“Yang tibe hari tu rasa muka cantik lain macam sebab ada orang make up kan. Post ! Post ! Post !
“Yang kerja dok post pasal kerja. Yang tak kerja dok stalk ig orang lepas tu kecam.Tak cukup kecam , aibkan lagi. Post dekat IG pasal orang lain. Perli, Sindir.
“Takpa..tak salah pun. Tu yang aku cakap, Kita manusia. Apa yang berlaku ketika dan saat itu kita akan post,” tulisnya.
Malah pelakon ini turut mengakui hidupnya kini banyak bersama anak.
“Dah 43 hari view aku budak seketul ni. Kang balik bapak dia view satu lagi. 2 Ketul je aku menatap selama dekat 2 bulan ni.
“Dakkk….bukan obses dengan anak sendiri. Tak hebat pun anak aku. Kalau obses bertalu2 post gambar anak sambil caption, comelnya anak aku ! Cantiknya anak aku. Haaa…tu obses tahap orang muntah. Ok sekian,” maklum Shakilla panjang lebar.
Aduh comelnya lihat Uqasha Senrose ‘kecek Kelate’ menerusi salah satu video yang dikongsikan di Instagram, awal April lalu.
Sedang bersiap sedia untuk menjalani babak nikah menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad, Uqasha sempat berlawak mengatakan termasuk babak ini, sudah berpuluh kali dia bernikah dan kemudian diceraikan.
“Orang nikah kita nak nikah juga. Kita ni berpuluh kali nikah. Nikah cerai. Pas cerai nikah semula.
“Buat habis duit je. Baiklah duit tu buat makan,” katanya.
Pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin telah berangkat ke Prague, Jumaat lalu atas komitmen kerja.
Akibat terlalu rindu akan Amyra dan Amar, anak mereka Aqeef Anaqi bertindak emosi apabila dia menyarungkan beg kertas di bahagian kepalanya.
“Sebab terlalu rindukan Mommy & Daddy yang pergi #BataFashionWeekend, maka dengan itu @aqeefanaqi pon buat runway fashion show #BataFashionWeekend2019 di rumah dengan tema “ #comfortablewithit,” tulis Amar.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...