“Tuhan Kurniakan Kau Kapadaku…,”-Isteri Jadi Penguat Semangat, Achey Mahu Bahagia Hingga Jannah

Share

Pelawak dan penyanyi Achey ada memuat naik sekeping foto di Instgaramnya semalam.

Foto tesebut melihatkan dia menitip ucapan hari jadi buat isteri tercinta, Nor Hasanah Yahaya atau mesra dengan panggilan Anne.

“Bismillah… aku semakin penat… aku semakin tak berdaya… aku semakin lemah… tuhan kurnia kan kau kepada ku untuk memulihkan semua itu…aku sangat beruntung… dan dengan itu aku doakan mereka doakan dan semua doakan agar kau sentiasa baik2 sahaja…. SELAMAT HARI JADI sayang… @anne_achey 21/4/2019.” tulisnya.

Dalam pada itu, Anne telah meraikan ulang tahun hari jadinya yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Untuk rekod, Achey dan Anne mengambil anak angkat, Nur Tiara Zinnirah setelah lapan tahun menanti rezeki zuriat.

Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya, mendirikan rumah tangga pada 2011.

Foto : IG Achey, Anne

IKLAN