“Jujurnya, saya gembira dengan kehidupan sekarang.” Itu kata-kata aktres versatil Fasha Sandha apabila ditanya mengenai sisi kehidupannya ketika ini.

Kongsinya kepada MH, terjemahan kebahagiaan itu bukanlah hanya terletak kepada individu yang digelar kekasih semata-mata, sebaliknya ia lebih bermakna apabila melihat kedua-dua anak tersayang kian membesar di depan mata.

“Tuhan Bagi Kehidupan Yang Sangat Sempurna,” – Fasha Sandha

IKLAN

“Saya seronok apabila setiap hari diberi peluang untuk melihat anak-anak membesar, semakin bijak dan petah berkata-bekata. Setiap pagi, mereka akan ucapkan ‘selamat pagi Ibu’ dan ia sudah cukup membuatkan saya bahagia.

 

“Mereka semakin bijak bercakap. Rasa sangat positif,” ujar Fasha ketika ditemui MH baru-baru ini.

Berkongsi mengenai proses menjaga dua cahaya matanya iaitu Putra Rayfal,5 dan Putri Raysha Jemyma Rizal Ashram, 3, ibu cekal ini mendedahkan kehidupannya kini sudah pun sempuna kerana mereka saling melengkapi.

IKLAN

“Ibaratnya, saya macam ada seorang sahabat lelaki dan seorang perempuan. Lengkap sekarang dengan adanya mereka di sisi.

 

“Tuhan berikan kehidupan yang sangat sempurna, syukur,” akui Fasha yang turut tampil menerusi filem seram, Blok 404.

Pada masa sama, pelakon yang tidak mahu memikirkan hal negatif, meninggalkan ia jauh-jauh ke belakang.

IKLAN

“Tuhan Bagi Kehidupan Yang Sangat Sempurna,” – Fasha Sandha

“Anak-anak membuatkan saya lebih positif. Jadi tak perlu lagi fikir hal negatif kerana apa yang berlaku dulu, itulah ‘warna’ yang mencantikkan kehidupan saya,”akuinya yang turut menyimpan teka-teki mengenai siapakah individu yang sedang bertakhta di hatinya kini.

 

“Saya masih single lagi, tapi orang yang rapat sudah tentu ada,”akuinya jujur.

Foto: Instagram Fasha Sanda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI