Categories: Berita

“Tuduhan Yang Dilemparkan Kepada Saya Adalah Tidak Benar,”- Chef Fikree Perjelas Isu Rumah Tangga

Share

Terdahulu, mengenai kisah rumah tangga chef Fikree dan isterinya, Zuriehan Ben Yahya telah menjadi tular di laman media sosial apabila chef Fikree dikatakan bersikap curang.

Bagaimanapun, chef Fikree telah tampil memberi penjelasan mengenai isu konflik yang berlaku dalam rumah tangganya.

“Semua tuduhan yang dilemparkan kepada saya adalah tidak benar. Mohon kerjasama daripada semua pihak untuk menghormati hak peribadi saya.

“Kami mohon doa daripada semua supaya kesulitan yang berlaku ini dapat jalan penyelesaian yang terbaik demi keluarga yang saya cintai.

“Saya harap semu dapat memberi kami ruang dan masa untuk perbetulkan keadaan ini. Sokongan positif daripada semua amatlah diperlukan dan dihargai,” tulisnya.

Di samping itu, peminat telah memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada chef Fikree.

 

MH mendoakan agar semua urusan dan permasalahan yang berlaku kepada pasangan ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Foto : Facebook Chef Fikree

IKLAN