Tidak dinafikan dengan adanya penambahan segment panggilan prank di mana-mana panggilan prank memang menghiburkan!

Lebih-lebih lagi apabila mendengar reaksi-reaksi spontan mangsa panggilan prank.

Namun baru-baru ini lain pula jadinya. Nampaknya panggilan prank kali ini bertukar menjadi isu yang agak sensitif apabila dikatakan program tersebut tidak sensitif dengan apa yang terjadi.

Seorang pengguna laman sosial Facebook tampil mendakwa radio swasta itu telah menyalahguna kuasa radio dengan mempermainkan rakannya, Zairi Zainal.

Dia yang berkata Zairi kini dalam misi ekspedisi menjelajah satu semenanjung dengan berbasikal solo melawat 320 masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada yang memerlukan.

Tuah Jadi Mangsa Panggilan Prank, Zairi Zainal Terima Tajaan Serba Lengkap

IKLAN

Ketika ‘prank’ ini dikenakan terhadap Zairi, DJ radio terbabit menyatakan hasrat untuk menaja ekspedisi tersebut.

Jelas terpancar suara Zairi yang gembira apabila ada individu sudi menajanya bagi melancarkan lagi misinya.

Dalam perbualan tersebut, Zairi berkata dia tidak kisah dan terima apa sahaja yang ditaja asalkan berkaitan dengan misi berbasikalnya.

Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak berpanjangan kerana ia hanyalah panggilan prank yang dikenakan terhadap dirinya.

IKLAN

Rakaman perbualan tersebut nampaknya menjadi viral dan menimbulkan kemarahan netizen.

Bagaimana pun tuan punya badan telah mendapat pelbagai komen yang positif daripada netizen yang menyokong niat murninya.

Terbaru, dilihat di Facebook milik Zairi sendiri, stesen radio tersebut telah menaja basikal baru buatnya untuk meneruskan misi jelajahanya dan menjemput Zairi datang ke konti radio itu sendiri.

IKLAN

Malah tuah atas apa yang terjadi, Zairi turut dapat beberapa tajaan lain seperti baju dan seluar khas untuk berbasikal.

Bertuah betul! Inilah orang kata setiap yang berlaku ada kebaikannya.

Dalam masa yang sama, MH turut berbangga dengan sifat bertanggungjawab yang stesyen radio tersebut tunjukkan kepada orang ramai. Bravo!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI