Masih ingat lagi tak bekas pelajar Akademi Fantasia AF6 yang dikenali dengan imej berambut kerinting halus?

Transfomasi Nadia Hasnan, Penyanyi Ke Penyampai Radio
Karakternya yang ceria dan bersahaja malah suara serak basah juga turut menjadi sebahagian daripada identitinya hingga membuatkan ramai orang mudah mengingatinya ketika berada dalam pertandingan tersebut.

Masih kabur?

Nah MH belanja beberapa video persembahannya ketika di Akademi Fantasi Musim ke-6 di mana juaranya ketika itu juaranya adalah Stacy.

Baru-baru ini MH ada terlihat gambar Nadia yang terkini. Serious apa yang MH boleh katakan Nadia nampak cukup cantik dengan penampilan barunya.

Kami difahamkan, Nadia telah bernikah dengan seorang jejaka pilihannya tahun lalu yang juga merupakan seorang pengurus gimnasium, Hafiz Hamdan.

IKLAN

Dengan menggenakan penampilan yang agak berbeza dari sebelum serta semakin kurus kami seakan tidak kenal siapa gadis ini.

Tak caya? Tengok gambar ni…

Transfomasi Nadia Hasnan, Penyanyi Ke Penyampai Radio

Makin cantik kan?

Dengan segera MH hubungi Nadia untuk bertanya khabar. Menurutnya kini dia sedang sibuk dengan jadual hariannya sebagi seorang penyampai radio di Era.fm secara part-time dan pengacara untuk prgogram Malam-malam Cari Makan yang disiarkan di RTM.

Masih menyanyi

Transfomasi Nadia Hasnan, Penyanyi Ke Penyampai Radio

IKLAN

Menurutnya, sejak keluar daripada AF, Nadia telah ditawarkan untuk menjadi salah seorang penyampai radio di Era.

Namun setelah itu Nadia berehat sebentar dari kesibukan dunia seni untuk sambung belajar di Kuala Lumpur Metropolitan University dalam bidang Diploma Penyiaran dan Persembahan.

“Sejak keluar dari AF, saya ditawarkan untuk menjadi penyampai radio selama beberapa bulan. Kemudian saya membuat keputusan untuk berehat sebentar dalam industri kerana ingin menyambung pelajaran di Kuala Lumpur. Selepas tamat, saya fokus dalam bidang nyanyian dan kembali menjadi penyampai radio semula.

“ Saya akui sejak itu nama saya tidak disebut-sebut lagi. Tetapi sepanjang itu jugalah sebenarnya saya masih lagi aktif menyanyi. Bukanlah diam terus. Tetapi peluang itu agak terhad kerana sehingga kini saya masih tidak bergantung dengan mana-mana agensi.

“Jadi pelawaan untuk membuat persembahan agak terhad maklumlah saya hanya bergantung dengan contact yang ada sahaja,” jawabnya kepada MH.

Malah Nadia turut menambah kini dia berada di dalam band Ella & The Boys sebagai vokalis utama.

IKLAN

Okay tak nak cakap banyak nah kami belanja korang gambar-gambar Nadia yang terkini.

Transfomasi Nadia Hasnan, Penyanyi Ke Penyampai Radio

Transfomasi Nadia Hasnan, Penyanyi Ke Penyampai Radio

Transfomasi Nadia Hasnan, Penyanyi Ke Penyampai Radio

Transfomasi Nadia Hasnan, Penyanyi Ke Penyampai Radio

Transfomasi Nadia Hasnan, Penyanyi Ke Penyampai Radio

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI