Total Lockdown Akhirnya… Michael Ang ‘Husnuzon’, Pesan Pada Yang Mampu ; “Kalau Boleh Bantu Tolonglah, Jangan Tengok Aje Ok.”

Share

Pengarah dan penerbit, Michael Ang mengharapkan ada perkembangan positif bagi mengurangkan kadar jangkitan wabak Covid-19 di negara ini, selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021 depan.

Tulisnya di Instagram, dia turut menasihatkan kepada mereka yang berkemampuan untuk saling membantu sekiranya ada.

“Salam guys! Total lockdown akhirnya! Walaupun ni dah 3 minggu lalu dah boleh dibuat. Husnuzon ajelah! We can do it!

“Lets give a go and alhamdulillah kita boleh n akan berjaya.

“Pada yang berkemampuan tu tengok-tengok orang-orang di sebelah anda. Kalau boleh bantu tolonglah. Jangan senyap aje ok! Luv you all and be safe,” tulisnya.

Sementara itu menerusi satu kenyataan pada malam Jumaat oleh Pejabat Perdana Menteri, ia antara lain menjelaskan sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu

(essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Setakat Jumaat, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan yang dibuat.

IKLAN