“Total Bil Pembedahan RM65,” – PU Rahmat Nasihat Sayangi Jantung, Berhenti Merokok

Share

Meluahkan kesyukuran apabila ayahanda tercinta telah selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara, PU Rahmat mengucapkan penghargaan buat semua yang tidak putus mengirimkan doa.

Malah, dia turut berpesan agar sayangi jantung dengan berhenti merokok dan menjaga pemakanan.

“Alhamdulillah ayahanda saya Mohd Sofyan bin Mansur telah keluar daripada Institut Jantung Negara. Terima kasih atas semua doa kalian. Semoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik balasan.

Sedikit nasihat kepada semua yang sihat.

Total bil pembedahan RM65 ribu ringgit. Sayangi jantung anda. Sayangi simpanan wang anda. Berhenti merokok dan jaga pemakanan,” kongsinya.

Di ruang komen, rata-rata netizen meninggalkan reaksi atas perkongsiannya mengenai kos pembedahan yang perlu dikeluarkan.

Foto : Instagram PU Rahmat

IKLAN