Dalam kejayaan sesebuah drama bukan sahaja terletak pada jalan cerita yang menarik dan barisan pelakon yang hebat.

Runut bunyi atau lebih dikenali sebagai OST lagu juga turut memainkan peranan penting dalam sesebuah drama.

Malah, ia juga dianggap sebagai ‘kunci’ yang membuatkan nama drama tersebut terus melekat di minda penonton.

Ini dia beberapa lagu OST yang popular hingga mampu kembalikan nostalgia drama yang pernah menjadi fenomena hebat di kaca televisyen suatu masa dahulu.

1. Setia Hujung Nyawa

Sejak drama ini ditayangkan di TV3, nama Ammar Asyraf naik secara mendadak. Malah lagu OST yang dimainkan ini juga mampu membuatkan peminat percaya dengan chemistry antara mereka berdua.

IKLAN

2. Salahkah, Bukan Kerna Aku Tak Cinta

Selain punyai jalan cerita yang menarik, lagu OST drama ini juga turut mendapat perhatian, malah penonton juga masih ingat dengan opening drama ini yang kononnya Nelydia Senrose terbang ke atas bersama Sharnaaz Ahmad.

3. Bukan Yang Pertama, Isteri Tuan Ikhsan

IKLAN

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi berjiwa rock and roll ini, namun sejak lagunya menjadi OST untuk drama Isteri Tuan Ikhsan di Astro Ria lagu ini menjadi cukup sinonim dengan drama tersebut.

4. Ku Mahu, Spa Q

IKLAN

berkisahkan tentang kehidupan seorang usahawan wanita dalam menguruskan perniagaan dan hal rumah tangga, lagu nyanyian Siti Nurhaliza ini seakan kena dengan jalan cerita hingga membuatkan ia terus melekat dalam fikiran penonton.

5. Nur Kasih

Cerita ini pernah menjadi satu fenomena hebat dalam sejarah drama bersiri yang ditayangkan di TV3. Walaupun cerita ini sudah lama tidak ditayangkan, OST lagunya sering bermain di minda sebaik sahaja kita menyebut nama Nur Kasih.

So mana satu OST yang paling korang suka?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI