“Tomok Rindu Ayah,” – Genap Setahun Bapa Meninggal, Tomok Titip Doa

Share

Genap setahun arwah bapa kepada penyanyi Tomok dan Isma, Ismail Salim meninggal dunia akibat serangan strok, Tomok menitipkan doa di laman Instagram miliknya.

Penyanyi berusia 35 tahun ini memanjatkan doa semoga arwah bapanya diampun segala dosa dan ditempatkan di syurga.

“Setahun berlalu…semoga ALLAH sentiasa lapangkan kubur ayahku..di ampunkan segala dosanya dan tempatkan ayahku di syurga..amin

“Tomok rindu ayah

Al-Fatihah,” tulisnya.

Sekadar imbasan, Ismail meninggal di kediaman keluarga di Alam Damai, Cheras, kira-kira jam 3 petang. Arwah meninggalkan seorang isteri, enam anak dan 15 cucu.

Foto : Instagram Tomok

IKLAN