“Tolonglah Tampil, Tak Tenang Hidup Buat Macam Ni,” – Sarah Cuba Bantu Kes Dipercayai Langgar Lari Arwah Adik Afdlin Shauki

Share

Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin ada berkongsi rakaman video pelakon, Afdlin Shauki yang memohon bantuan ramai bagi membantu siasatan hingga menyebabkan kematian adiknya, Jefri Adzman petang semalam.

Terdahulu, Allahyarham Jefri dikatakan mengalami pendarahan di bahagian otak sebelum menghembuskan nafas terakhir di di Hospital Thomson, Kota Damansara.

Berita tersebut turut dimaklumkan bintang senior itu menerusi Instagram.

Sementara itu, Sarah ada meminta orang ramai supaya berkongsi video tersebut demi keadilan.

“Pls repost this everybody!! Spe yg bertanggungjawab tlg lah tampil ke muka pengadilan. Tak tenang hidup awak buat mcm ni.

“Moga Allah SWT permudahkan segala urusan abg @afdlinshaukiofficial,” tulisnya.

Semalam, pelakon Bikers Kental itu menerusi IG TV ada meminta bantuan ramai untuk mengesan kenderaan jenis Perodua Myvi rona hijau yang dipercayai melanggar Jefri pada petang Ahad lalu.

Afdlin ada meminta kepada sesiapa yang mempunyai rakaman ‘dashcam’ dan menjadi saksi kejadian untuk menghubunginya.

Pada masa sama, Afdlin turut menunjukkan lokasi nahas yang dipercayai berlaku berhampiran lampu isyarat berhampiran stesen minyak Petronas, Kota Damansara.

Foto: Instagram Sarah/Afdlin

IKLAN