Vokalis dan ketua kumpulan Girl’s Generation, Taeyeon meminta pertolongan orang ramai untuk mencari anjing peliharaan kepunyaan mendiang Jonghyun.

Sebagai salah seorang rakan artis terapat dengan vokalis grup SHINee itu, Taeyeon turut menggunakan akaun Instagram anjing, Zero bagi mengwar-warkan kehilangan Roo.

“Hello, ini Kim So Dam, Roo (anjing Jonghyun) telah hilang. Tolong hubungi kami jika ada terjuma dengannya. Kami meminta bantuan anda untuk mencari Roo!

“Kami juga meminta bantuan rakan-rakan anda. Tolonglah bantu kami,” tulisnya.

‘Tolong Regram!’ Taeyeon [Girl’s Generation] Mohon Bantuan Cari Anjing Kepunyaan Jonghyun [SHINee]

IKLAN

MH pasti Roo amat berharga kerana ia adalah ‘peninggalan’ Jonghyun di dunia ini, tentulah ia amat bermakna kepada mereka yang rapat dengannya.

‘Tolong Regram!’ Taeyeon [Girl’s Generation] Mohon Bantuan Cari Anjing Kepunyaan Jonghyun [SHINee]

IKLAN

Terdahulu, Taeyeon pernah membawa pokok yang dihadiahkan oleh mendiang kepadanya dalam salah satu konsertnya.

IKLAN

Taeyeon juga merupakan salah seorang selebriti yang rajin memuat naik post mengenai Jonghyun selepas pemergiannya Disember lalu.

sumber: Soompi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI