“Tolong Kira Jap Berapa Nasi Lemak Atas Meja Tu,” – Tetap Usaha Walau Kudung, Anzalna Nasir Borong Habis Nasi Lemak Dari Peniaga OKU

Share

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang penjual nasi lemak yang gigih mencari rezeki meski pun kudung kedua belah tangannya.

Memetik laporan portal berita, Free Malaysia Today, individu kelainan upaya (OKU) yang dikenali sebagai Muhammad Nor Abdullah itu memulakan jualan nasi lemaknya seawal pukul 6.00 pagi.

Kegigihan Muhammad Nor dalam mencari rezeki telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuklah pelakon jelita, Anzalna Nasir.

Menerusi sebuah entri yang dimuat naik pada Selasa, Anzalna memaklumkan dia mahu membeli kesemua nasi lemak yang dijual oleh Muhammad Nor kerana kagum melihat usaha keras pemuda berusia 28 tahun itu.

“Tolong kira jap berapa nasi lemak atas meja tu. I want to buy all sebab nak tolong abang ni. Respect!

“Walaupun OKU but still rajin mencari rezeki. Please help me to past this message to him dan tolong bagi number dia kalau ada yang kenal. Thank you,” tulisnya.

Tidak lama kemudian, seorang individu telah tambil bagi berkongsi maklumat mengenai individu berkenaan di ruangan direct message.

“Rakyat Malaysia sangat perihatin. Kepada yang nak support Dek Mat Nasi Lemak. Thanks for sharing,” kongsinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang ditunjukkan oleh Anzalna itu selain turut menitipkan doa agar bintang tersebut sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber:Instagram Anzalna Nasir & Free Malaysian Today

IKLAN