“Tolong Jangan Tekan DM Tu,” – OMG! Enot Maklum Akaun Instagram Didie Alias Telah Digodam

Share

Pelakon, Enot memaklumkan akaun rasmi media sosial Instagram milik rakan pelakon, Didie Alias telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian di Instagram, Enot menasihati agar orang ramai tidak menerima ‘direct message’ daripada akaun tersebut untuk mengelakkan daripada turut menjadi mangsa.

“Assallamualaikum korg klu dpt Dm dr mami didie pnya ig ladydidiemsia tlg jgn tekan dm tu,takut korg pun kena hack.. so tlg sebarkan msj ni..

“now time sume org pulun nak cr duit raya tb2 jd mcm ni mmg sedih weii mami smpai x tido tu.. YaAllah ko kuatkan mami ku ya Allah ko permudahkan kan lah urusan dia..

“korg jgn lupa mami pnya event 30 april hingga 2 mei ni di pwtc pkl 10 pg -12 mlm jom support karnival raya bersama che salmah..,” tulisnya.

Sekadar informasi, akaun Instagram milik pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis itu sudah memiliki lebih 500,000 pengikut.

Foto: Instagram Enot

IKLAN