Pelakon Ruhainies menitipkan ucapan kepada abang iparnya, pelakon Isa Khan yang kini sudah sah bergelar suami kepada kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena.
Menerusi hantaran di Instagram, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas meluahkan rasa syukur kerana majlis akad nikah kakaknya berjalan lancar.
Di samping itu, Ruhainies ada menyatakan rasa sayang kepada Risteena seterusnya mengharapkan abang iparnya itu menjaga kakaknya dengan baik.
Ads
“Alhamdulillah dengan sekali lafaz, my sister @nur_risteena sah bergelar isteri pada #12321 Welcome to our family abg iparku, @theisakhan
“Please take a good care of my sister. I love you both so much..,” tulisnya.
Imbas kembali, Risteena, 31 telah mengikat tali pertunangan bersama Isa, 28 pada 23 November 2019.
Ads
Upacara akad nikah telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Risteena sah bergelar isteri dengan sekali lafaz.
Foto: Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, penyanyi dan usahawan, Fathia Latiff menyifatkan dia mempunyai pilihan untuk melakukan apa sahaja selagi ia tidak memberi kemudaratan kepada dirinya.
Fathia, 34, atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff baru-baru ini mendapat kritikan segelintir warganet apabila memuat naik video seterusnya mempromosikan kaedah rawatan aestetik ‘filler’ di bahagian rahang di media sosial.
Katanya kepada MH, dia tidak boleh berbuat apa-apa andai ada pihak yang tidak suka terhadap apa yang dilakukannya itu.
“Itu hak saya. Mungkin ada yang tidak suka dan sebaliknya. Kalau yang suka, saya gembira kerana saya seperti motivasikan mereka untuk tampil lebih cantik. Bagi yang tidak suka, saya tak boleh nak buat apa.
“Ia tidaklah ketara perubahan yang dilakukan. Bila buat rawatan dan amalkan jamu, ia lebih berganda.
“Malah saya sering muncul di kaca televsyen dan sosial media. Orang nak tengok saya dan saya kenalah tampak cantik. Ini adalah sebahagian daripada kerja saya. Pekerjaan saya membuatkan saya perlu tampil lebih berbanding orang lain,” katanya.
Dia pada masa sama juga tidak kisah jika ada yang memandangnya dari sudut negatif.
“Saya tidak kisah. Malah dari dulu pasti ada yang pesimis. Namun dalam sisi lainnya, mereka seolah-olah buatkan saya untuk jadi lebih kuat,” katanya lagi.
Terdahulu, pelakon drama Ariana Rose ini ditemui pada majlis pelancaran kiosk pertama Jamu Dara Cantik by Fathia Latiff di Setapak Sentral, pada Jumaat.
Berkongsi mengenai kecintaan kepada dunia perniagaan jamu ketika ini, Fathia mengakui idea tersebut tercetus setelah sering melakukan promosi produk termasuk jamu sejak sekian lama menerusi platform media sosial miliknya.
“Sebelum ini saya sering lakukan reviu dan daripada situlah saya mulai kumpul kekuatan dan keyakinan untuk buka sendiri kiosk jamu untuk dijual kepada peminat.
“Memang tidak dinafikan daripada segi ‘branding’, nama saya lebih kuat di media sosial. Bagaimanapun diri sendiri, saya lebih senang jualnya secara fizikal.
“Proses untuk bukanya tidaklah ambil masa yang lama iaitu lebih kurang sebulan sahaja. Saya bertuah kerana ada rakan kongsi, Anis yang banyak berikan sokongan.
“Dia juga ada kiosk kecantikan sendiri dan kami sudah pun kenal lama. Malah ketika aktif berlakon sebelum ini, saya selalu juga beli jamu darinya.
“Alhamdulillah pembukaan ini dipermudahkan. Selain itu saya juga ada produk sendiri iaitu minyak wangi dan biskut. Target saya untuk buka lebih banyak kiosk seperti ini, khasnya di pusat membeli-belah di kawasan bandar.
“Saya memang amalkan jamu sejak berusia 20 tahun dan syukur pada usia sekarang pun saya masih lagi aktif dan bertenaga. Jadi memang nak kongsi akan kebaikan amalan jamu ini kepada semua,” katanya yang turut berhasrat untuk kembali aktif dalam dunia lakonan selepas ini.
Penyampai radio Kool FM, Rea atau nama sebenarnya, Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad ada berkongsi pengalaman bersalinkan anak pertamanya, Dhia Madeena yang dilahirkan Julai tahun lalu.
Rea, 33, menerusi Instagram mendedahkan, dia masih ingat akan kesukaran untuk melahirkan anak pertamanya itu, hingga petugas terpaksa meminta bantuan doktor lelaki demi memastikan dia mampu bersalin dengan baik.
“Ingat lagi kejadian dalam OT. Bilik sejuk yang amat. Menggeletar badan non-stop. Tengok doktor borak2 sambil nak keluarkan Dhia Madeena.
“Dah sampai time nak keluarkan Dhia, bayangkan doktor panik! Siap cakap ‘Ya Allah baby kenapa tak nak keluar ni!’.
“Bayangkan masa tu apa yang I rasa. Kalau doktor panic, I double triple panic tapi tak dapat buat apa sebab dah kena bius setengah badan.
“Doktor perempuan yang bedah I siap mintak nurses panggilkan doktor lelaki utk tolong tolak perut I supaya baby keluar.
“At last, keluarlah Dhia Madeena dari perut mommy. Masa tu mmg tak rasa apa2 sbb bius ada lagi. Tapi I nak keluar dari bilik tu cepat2 sebab sejuk yang amat. Sumpah tak tipu. Nurse bagi heater pun tak jadi apa,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut menyifatkan ia sebagai satu pengalaman yang membahagiakan apatah lagi apabila melihat anak membesar dengan baik di hadapan mata.
“Takpe Dhia. Tu semua pengalaman mommy lahirkan Dhia. Tengok awk membesar dengan sihat pun dah hilang semua sakit. Moga Dhia menjadi anak yang solehah dan dirahmati Allah selalu. I love you,” tulisnya.
Rea mendirikan rumah tangga bersama pemain dram kumpulan Drama Band, Faeez Ikhwan Abdul Halim pada 18 November 2018.
Foto: Instagram Rea Kool FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang kini sudah genap mencecah usia 27 tahun, Elfira Loy meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan kehidupan yang baik dan selesa oleh Yang Maha Esa.
Menerusi entri yang dikongsi oleh Elfira melalui akaun Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata ini berharap agar dirinya kekal istiqomah menjadi seorang wanita yang solehah.
“twenty-seven this yearAlhamdulillah, diberi kehidupan yang baik , yang selesa dan cukup sepanjang hayat yang diberi oleh Allah azza wa jalla.
“Semoga Nurul Elfira Loy istiqomah ingin menjadi wanita solehah sentiasa,” tulisya.
Pada masa yang sama, Elfira turut memuat naik beberapa keping foto ketika meraikan majlis hari jadi bersama keluarganya.
Sekadar informasi, Elfira telah dilahirkan pada tanggal 8 Mac 1994 di Kuala Lumpur.
Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya