‘Tolak’ Tom Cruise, Shakira Kini Berpacaran Dengan Lewis Hamilton Pula?

Share

Nama penyanyi Shakira baru-baru ini dikaitkan dengan pelakon popular, Tom Cruise selepas kedua-duanya dilihat hadir memeriahkan majlis pra perlumbaan Grand Prix Miami di Amerika Syarikat.

Khabar angin bertiup kencang mendakwa Tom berhasrat ingin berkawan rapat dengan Shakira namun permintaanya itu dikatakan ‘tidak dilayan’ oleh penyanyi lagu Hips Don’t Lie itu.

Sebaliknya, Shakira dilihat semakin mesra dengan bintang Formula 1, Lewis Hamilton apabila dia dijemput menaiki kapal layar milik Lewis baru-baru ini.

Lewis menjemput Shakira di kediaman penyanyi wanita itu sebelum mereka bersama-sama menikmati pelayaran tersebut bersama rakan-rakan yang lain.

Namun sehingga kini, wakil kedua-dua bintang tersebut tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung hubungan di antara kedua-duanya.

Untuk rekod, Shakira berpisah dengan teman lelaki, pemain bola sepak Gerard Pique selepas Gerard didakwa berlaku curang dengan kekasihnya sekarang iaitu, Clara Chia Marti.

Hasil perkongsian hidup, Shakira dan Gerard mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Milan Pique Mebarak, 10, dan Sasha Pique Mebarak, 8 tahun.

Manakala, Lewis sebelum ini pernah bercinta dengan ahli kumpulan The Pussycat Dolls iaitu Nicole Scherzinger selama tujuh tahun sebelum hubungan mereka terlerai pada 2015.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN