Naib Juara Akademi Fantasia (AF) 2014, Aman Aziz mendedahkan, dia mencari wanita yang berbadan gempal sebagai wanita pilihan teman hidup.

Penyanyi lagu Sulit itu juga memberitahu, dia lebih berminat untuk memilih wanita berbadan ‘comel’ daripada wanita bertubuh langsing.

Tolak Tepi Wanita Kuat Sentap, Aman Aziz Cari Si ‘Chubby’ Dan Happy Go Lucky!

“Aman suka baring kat bahu girl yang badan berisi sebab best dan seronok bila peluk,” selorohnya kepada MH sejurus selesai program rakaman The Stage Media Hiburan, di Shah Alam.

Tambah penyanyi berusia 25 tahun itu, dia mengakui bahawa dia seorang yang pendiam dan mahukan seorang wanita yang ceria dan mempunyai karakter yang ‘gila-gila’.

IKLAN

“Aman jenis yang suka girl tu happy go lucky dan banyak bercakap sebab Aman sendiri pun jenis pendiam. Aman suka perempuan macam ‘masuk air’ dan gila-gila sebab dia boleh buat suasana lagi happening dan meriah,” katanya sambil tersenyum.

Tolak Tepi Wanita Kuat Sentap, Aman Aziz Cari Si ‘Chubby’ Dan Happy Go Lucky!

Memiliki penampilan yang sedap mata memandang, Aman atau nama sebenarnya Mohammad Razman Abd Aziz menjelaskan dia juga tidak gemar wanita yang terlalu mengikut emosi.

IKLAN

“Aman paling tak suka girl kuat sentap dan gedik tak tentu pasal sebab Aman akan rasa rimas dan annoying dengan cara macam tu. Mesti ada sahaja benda yang tak kena,” terang Aman.

“Apa yang penting, dia kena hormat orang tua, boleh jaga dan pandai menghiburkan,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, lagu duet Aman dan Shiha Zikir berjudul Terdetik Rindu kini sedang hangat diputarkan di corong-corong radio.

IKLAN

Lagu tersebut kini mendapat hampir 70,000 tontonan di YouTube dalam masa 14 hari.

Ikuti sedutan persembahan akustik mereka di FB Live MH.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/238762700129463/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI