“Tok Guru, Kami Merinduimu,” – Genap 4 Tahun Nik Aziz Meninggalkan Kita, Netizen Titip Doa

Share

Tanggal 12 Februari 2019, genaplah empat tahun pemimpin terkenal negara, Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kita.

Menerusi laman Instagram allahyarham Nik Aziz, pemilik Instagram tersebut ada menulis kapsyen yang meruntun rasa sedih.

“TOKGURU Kami merinduiMU

“12 Feb 2019 genaplah empat tahun pemergian Allahyarham tuan Guru Dato hj Nik adbul Aziz Nik mat 1941-2015 Beliau merupakan seorang pemimpin lslam terkemuka yg disegani oleh kawan dan lawan Al -fatihah.”

Netizen tidak putus-putus mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.

Selebriti juga tidak ketinggalan mendoakan agar Tuan Guru ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

Bekas Mursyidul Am PAS itu meninggal dunia akibat kanser prostat, selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Foto – Instagram Tok Guru Nik Aziz

IKLAN