Sebagai seorang selebriti pastinya ramai peminat yang mahu mengambil tahu tentang kerjaya mereka malah bukan sahaja kerjaya tetapi hal peribadi mereka juga turut menjadi salah satu perkara yang ingin diketahui.

Tak dapat dinafikan ramai selebriti di negara kita ini sering diasak dengan soalan peribadi lebih-lebih lagi seperti bila mahu berkahwin, sedang bercinta atau tidak dan banyak lagi.

Penyanyi popular, Ernie Zakri yang sering menjadi pasangan duet bersama penyanyi, Syamel juga turut diasak soalan yang sama.

IKLAN

‘To Be Honest Tak Ada Lelaki Pun Yang Approach Saya’ – Ernie Zakri Tak Mahu Bercerita Soal Cinta

Walau bagaimanapun dia dengan baik menolak soalan tentang cinta kerana baginya sekarang ini adalah masa untuk dia memberi fokus yang penuh terhadap kariernya.

IKLAN

“Buat masa ini saya memang tak nak cakap pasal cinta langsung sebab saya memang nak fokus dengan karier saya.

 

“Saya dah tunggu lapan tahun dalam industri dan ini adalah masa yang paling tepat untuk bercakap soal kerjaya dan diri saya sahaja,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Girang Syawal Tiba Mydin kelmarin.

‘To Be Honest Tak Ada Lelaki Pun Yang Approach Saya’ – Ernie Zakri Tak Mahu Bercerita Soal Cinta

Ditanya adakah dia sebenarnya menolak untuk didekati oleh kaum lelaki tetapi dia berkata sejujurnya tiada lelaki yang cuba mendekatinya.

IKLAN

“To be honest tak ada sorang pun lelaki yang dm (direct message) saya di Instagram untuk berkenalan dengan saya dan kalau saya jumpa lelaki pun saya akan rasa akward.

 

“Kalau kita tengok orang lain ada lelaki yang cuba untuk approach dorang tapi saya tidak,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, dia tidak menolak untuk bercinta tetapi dia hanya menyerahkan soal cinta kepada takdir.

“Saya tak menolak untuk bercinta, siapa yang tak nak bercinta betul tak cuma buat masa ni saya penat dengan kerja sampai saya fikir, saya serahkan segalanya kepada takdir.

 

“Kalau ada yang datang saya terima tapi buat masa ini tiada siapa yang datang jadi itu membuatkan saya fokus sahaja dengan kerja saya dahulu,” Katanya lagi.

Walau bagaimanapun, Ernie mengakui dia tidak tertekan kerana selalu diasak dengan soalan berhubung cinta.

“Saya tidak tertekan dengan soalan yang sama namun apa yang boleh saya jelaskan buat masa ini saya memang fokus dengan kerja dan saya tahu peminat-peminat saya mendoakan yang baik-baik buat saya jadi kalau ada sesiapa yang datang dan sesuai untuk saya Insya ALLAH saya akan terima,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI